Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.




Monday 4 April 2011

KISAH NABI YAAKUB DAN PUTERA-PUTERANYA

Disediakan oleh OPERASI DAKWAH SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK

Assalamu`alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terima kasih Pengerusi Majlis. Panel hakim, penjaga masa serta hadirin sekalian. Tajuk cerita saya ialah Kisah Nabi Yaakub dan Putera-puteranya.

Firman Allah :
Kami anugerahkan kepada Ishak dan Yaakub. Dan masing-masingnya kami angkat menjadi Nabi.”
( Ayat 49 , Surah Maryam )

Nabi Yaakub as. adalah putera Nabi Ishak as. Ibunya bernama Rafqah. Baginda merupakan cucu Nabi Ibrahim as.. Berperkerti mulia, tabah dan penyayang. Baginda berkahwin dengan anak bapa saudaranya Laiya dan Rahil. Sebelum kedatangan Islam, mengahwini dua beradik belum diharamkan.

Ya kawan-kawan,
Berkahwin adalah sunnah Rasulullah. Kahwin lari bawa musibah. Oleh itu jauhilah ia.


Keluarga harmoni jadi impian
Dua belas permata anugerah Allah
Ketabahan Nabi Yaakub menjadi hiasan
Rumahtangga dihiasi Warahmah Mawaddah

Nabi Yaakub seorang ayah yang penyayang. Baginda mencurahkan kasih sayang serta mendidik putera- puteranya agar menjadi insan beriman.Kematian isterinya Rahil, telah mengubah segalanya.

Syaitan menggoda putera-puteranya supaya membenci Nabi Yusuf dan Bunyamin. Mereka menuduh Nabi Yaakub pilih kasih dan sentiasa melebihkan Yusuf. Nabi Yaakub tabah melayani kerenah putera- puteranya.

Firman Allah :
“Sesungguhnya ayah kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata.”

 ( Potongan ayat 8 , Surah Yusuf )

Ya kawan-kawan,
Ibubapa adalah segala-galanya. Tokoh Keluarga Mithali Negeri Selangor 2010 mendidik anak-anaknya mencintai Al-Quran. Oleh itu jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.


Sebelas bintang matahari pun sepakat
Sang rambulan bersujudlah padanya
Rupa nan elok bagaikan malaikat
Amatlah indah berseri wajahnya

Nabi Yusuf bermimpi saudara- saudaranya merancang muslihat jahat terhadapnya. Baginda menemui ayahnya lantas menceritakan mimpinya.

Terpancar kegembiraan di wajah Nabi Yaakub, jauh di sudut hatinya berdetik bahawa puteranya akan menerima keistimewaan seperti datuk-datuknya. Baginda menyarankan agar jangan menceritakan mimpinya kepada saudara-saudaranya.

Firman Allah :
 “Bapanya berkata:” Wahai anakku, janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan rancangan jahat terhadapmu.”
 ( Ayat 5 , Surah Yusuf )
Ya kawan- kawan,
Cemburu mengundang musibah. Seorang suami sanggup membunuh isterinya kerana cemburu. Oleh itu berfikir dahulu sebelum bertindak.


Rehlah bersama tercapai rencana
Hutan destinasi sepuluh saudara
Ayah dirayu Yusuf di bawa bersama
Di campak ke telaga Yusuf dianiaya

Firasat Nabi Yaakup terhadap putera- puteranya tepat sekali. Setiba dari berrehlah tangisan kedengaran, berita Nabi Yusuf dimakan serigala dicerita dan baju berlumuran darah diajukan.

Firman Allah :
“Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.”
 ( Ayat 17 , Surah Yusuf )

Nabi Yaakup sedih mendengar berita tersebut, menangis sehingga buta matanya. Namun baginda tabah menghadapi segala dugaan dan yakin anak kesayangannya masih hidup. Allah Maha Penyayang. Nabi Yusuf dijumpai oleh kabilah dagang, lalu dibawa ke Mesir sebagai dagangan.Baginda dibeli oleh pembesar Mesir dan  dilantik menjadi menteri.

Ya kawan- kawan,
Kes buang bayi telah menggemparkan negara kita. Bersamalah kita membanteraskan gejala ini.


Kemarau panjang detik pertemuan
Dua belas adik beradik dan seorang bapa
Kenangan silam Yusuf ceritakan
Terkedu saudara terbayang telaga

Nabi Yusuf memberi mereka gandum dan  menahan adik mereka Bunyamin.   Yang lain balik ke Kana’a dengan  membawa baju Nabi Yusuf. Tercium sahaja bau tersebut Nabi Yaakub terus mendapatkan rombongan anak-anaknya,  diambilnya baju tersebut lalu disapunya ke muka. Subahanallah… Nabi Yaakub   dapat melihat kembali.

Maka berangkatlah mereka sekeluarga ke Mesir untuk menemui anak kesayangannya Nabi Yusuf a.s. Mereka saling berpelukan. Nabi Yusuf memaafkan saudara-saudaranya kerana mereka kini terdiri daripada orang yang bertaubat.

Firman Allah :

“Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf.”

 ( Potongan ayat 100 , Surah Yusuf )
Ya kawan-kawan,
Program Fitrah Kasih dilancarkan untuk menemukan keluarga yang telah terpisah. Oleh itu sayangilah keluarga kita.


Wahai semua penonton budiman
Begitulah kisah banyak pengajaran
Kasih sayang jadikan amalan
Hidup harmoni Negara aman

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.

1 comment: