Disediakan oleh OPERASI DAKWAH SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK
Assalamu`alaikumWarahmatullahiWabarakatuh
Terima kasih Pengerusi Majlis. Panel hakim, penjaga masa serta hadirin sekalian. Tajuk cerita saya ialah Kisah Ashabus Sabti.
Ashabus Sabti adalah kaum dari keturunan Bani Israil pada zaman Nabi Dauda.s. Mereka tinggal di sebuah desa bernama Ailah, di tepi Laut Merah. Kebanyakan daripada mereka adalah menangkap ikan, berniaga dan pertukangan. Allah SWT telah menetapkan pada hari Sabtu sebagai satu hari yang diwajibkan untuk beribadat kepada Allah.
Urusan dunia ditinggal seketika
Perintah Allah janganlah alpa
Ashabus Sabti laksanakan segera
Syariat Nabi Musa harus disempurna
FirmanAllah :
“ kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untukmenjalankan urusan masing-masing).
(potongan ayat 10, surah Al-Jumuah)
Ya kawan-kawan,
Segala urusan berjua lbeli diMekah dihentikan seketika apabila sampai waktu solat.Oleh itu….,kita janganlah mengabaikan ibadat kerana leka.
Allah telah menguji Ashabus Sabti. Pada hari tersebut banyak ikan terapung di permukaan air.Ikan-ikan itu seolah-olah berpesta mengelilingi dua buah batu besar berwarna putih di tepi pesisir pantai.
Tahun demi tahun tangkapan bertambah
Tamak haloba menguasai diri
Larangan Allah tak siapa yang endah
Nelayan yang fasik lupa diri
Mereka mula merasa tamak. Bagi mereka inilah peluang untuk mengaut keuntungan berlipat ganda pada hari itu sahaja.
“aah,….persetan dengan ibadat…baik kita tangkap ikan yang banyak sungguh ni!” kata sebilangan golonganyangkufur.
FirmanAllah :
“ oleh itu, janganlah Engkau hiraukan mereka, dan tunggulah (kesudahan mereka), Sesungguhnya mereka pun menunggu (kesudahanmu).”
(Surah As-Sajdah :ayat 30)
Ya kawan-kawan ,
Negara kita telah digemparkan dengan satu pembunuhan kejam terhadap jutawan kosmetik kerana sifat tamak.Oleh itu, ingatlah bahawa rezeki Allah itu adalah ujian untuk kita.
Para golongan mukmin sentiasa memberi peringatan.. Namun, segala nasihat tidak diendahkan.
Golongan engkar semakin gembira
Mendapat hasil berlipat ganda
Amaran diberi hanya sia-sia
Desa Ailah dibahagi dua
FirmanAllah :
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara yang baik,
(potonganayat 104 : Surah ali-Imran)
Ashabus Sabti telah mendirikan satu tembok tinggi untuk memisahkan antara mereka.
Ya kawan-kawan ,
Sekarang ini banyak program seperti Liga Ilmu dan Sentuhan Kalbu disiarkan melalui media elektronik yang menyeru kearah kebaikan. Berdakwah adalah satu kewajipan keatas setiap umat Islam. Alhamdulillah…
Ashabus Sabti semakin kaya raya
Maksiat pula semakin bermaharajalela
Berdakwah Nabi Daud setiap masa
Nelayan kufur tetap keras kepala
Malangnya ,nasihat itu bagaikan angin lalu. Nabi Daud a.s merasakan golongan ini tidak akan bertaubat kepada Allah SWT.
FirmanAllah :
“. Tidak ada Yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang Yang kafir. “
(potongan ayat 4 : surah al-Mukmin)
Yakawan-kawan ,
Gejala sosial dalam kalangan remaja sekarang ini berada di tahap kritikal .oleh itu, kita haruslah berdakwah dengan penuh kesabaran untuk memerangi masalah ini. Insya Allah…
Nabi Daud segera berdoa
Turunkan azab setimpal dosa
Doa dimakbul dari Yang Esa
Bertukar rupa seperti kera
Firman Allah :
Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera Yang hina".
(potongan ayat 65 : Surah al baqarah)
Allah SWT juga telah menurunkan gempa bumi yang sangat dahsyat. Gempa bumi ini melenyapkan Ashabus Sabti.
Ya kawan-kawan ,
Allah Maha Berkuasa menurunkan azab keatas golongan yang ingkar. Banjir besar di Pakistan dan gempa bumi di Sumatera adalah bukti kekuasaan Allah.
Ashabus Sabti ingkar perintah
Balasan diberi oleh Yang Kuasa
Setiap ujian terselit hikmah
Jadikan pedoman setiap masa
Sekian ,wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Terimakasih.
No comments:
Post a Comment