Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.




Sunday 12 February 2012

MTQ 2012

TAJUK CERITA KISAH DARI AL QURAN SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN LELAKI
1- KISAH NABI MUHAMMAD DI GUA TSUR
2- KISAH NABI YUNUS A.S DI TELAN IKAN NUN
3- KISAH QARUN DI TELAN BUMI
4- KISAH NABI ADAM A.S DI DUNIA
5- KISAH NABI MUSA A.S DENGAN FIRAUN

BAHAGIAN PEREMPUAN
1- KISAH NABI MUHAMMAD DI GUA HIRA'
2- KISAH NABI AYUB A.S YANG TABAH
3- PERISTIWA NABI ISMAIL.A.S DI KORBANKAN
4- KISAH NABI ADAM A.S DI SYURGA
5- KISAH NABI NUH A.S DENGAN BAHTERANYA 

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD


Khutbah haji yang disampaikan oleh Rasulullah dengan penuh syahdu di Padang Arafah ketika Baginda mengerjakan Haji Wida’ bersama dengan lebih kurang 124ribu para sahabat sebelum kewafatan Baginda. Berikut adalah petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W yang menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam akhir zaman.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Banyak sungguh panduan yang ada dalam Khutbah Haji Wida’ yang semestinya menjadi panduan dan pedoman untuk seluruh umat Islam akhir zaman. Setelah mendengar khutbah haji wida’ hampir semua Para Sahabat telah bertebaran keseluruh pelusok dunia untuk menyampaikan pesanan. Daripada 124ribu hanya sekitar 10ribu Para Sahabat yang kuburnya berada di Mekah dan Madinah selainnya berada bertebaran diseluruh dunia. Atas usaha dan pengorbanan para sahabat lah kita di Nusantara mendapat nikmat yang MAHA besar iaitu nikmat IMAN kepada ALLAH S.W.T.

Marilah kita berazam untuk taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kejayaan di dunia dan akhirat.
 

UPSR 5A


Diceritakan oleh Ustazah Norhafizah Musa

Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian di dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja darjah 6 duduk di tepi meja saya.
"Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR."
"Inshaallah, UPSR 5A."
Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya.
"Katanya lagi, "Ustazah, ini serius tahu!"
Saya senyum sembil berkata; "Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?"
"Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula bertanya siapa nama saya."
Saya mula merasakan anak ini serius dengan kata-katanya. Saya bertanyakan namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi, "Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya."
"Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-sungguh mahu ustazah doakan?"
Dia menyambung lagi, "Ustazah, saya meminta untuk didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, apa hadiah yang saya mahukan."
Dalam fikiran saya, tentulah hadiah yang dimahukan seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.
"Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu sekiranya kamu mendapat 5A?"
"Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung."
Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa, "Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini. Sekiranya dengan 5A boleh menjadi penyebab ibunya mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada anak ini wahai Allah." ~Ustazah Norhafizah Musa.

*Hidayah Allah tidak mengenal usia. Kadangkala, seorang anak mendapat hidayah terlebih dahulu daripada ibunya. Oleh kerana itu, mohonlah hidayah Allah dengan airmata bukan air liur. Jangan pernah berhenti berdoa sebelum hidayah Allah menghuni jiwa. Kasih Allah itu lebih luas daripada kesalahan dan kealpaan diri kita. Pengampunan Allah itu lebih besar daripada dosa yang pernah kita lakukan. Sungguh Allah itu dekat apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada-Nya.

AL QURAN TERBESAR DI AFGHANISTAN

 AL Quran terbesar di Afghanistan.

Saturday 11 February 2012

MAULIDUR RASUL 1433 DAERAH MUKAH

 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERIN GKAT DAERAH MUKAH TELAH BERLANGSUNG PADA 5 FEBRUARI 2012 DI DATARAN SETIA RAJA. MUKAH








































Saturday 4 February 2012

SALAM MAULIDUR RASUL


Kumohon ampun kepada allah,
Tuhan sekalian makhluk
Kum ohon ampun kepada allah
Atas segala kesalahan
Tuhan, tambahkanlah kepadaku ilmu bermanfaat
Tolongilah aku untuk beramal kebaikan

Duhai utusan allah, semoga keselamatan atasmu
Duhai yang luhur budi dan darjatnya
Rasa cintaku padamu duhai nabi pemimpn sekalian alam
Duhai ahlinya kedermawanan dan kemurahan hati
Ku awali dengan lantunan syair dengan memuji kepada tuhan
Yang memberi rahmat dan kenikmatan
Siang dan malam tanpa perhitungan
Wahai sahabat, pria dan wanita
Jangan cuma mempelajari syari'at dan hukum belaka
Hanya pandai bercerita, menulis dan membaca
Tapi akhirnya akan sengsara

Banyak yang hafal Hadith dan Qur'an
Tapi suka kafirkan saudaranya yang lain
Kekafirannya sendiri tidak diperhatikan
Kerana kotornya hati dan fikiran

Mudah terpujuk nafsu angkara
Dalam hiasan gemerlapnya dunia
Iri dan dengki dengan kekayaan tetangga
Maka hatinya gelap dan nista

Ayuh saudara jangan melupakan
Kewajipan mengaji sekali dengan aturannya
Untuk mempertebal iman dan tauhid kita
Sebagus-bagusnya bekalan, mulia hatinya

Yang disebut soleh adalah baik hatinya
Kerana sebati lengkap ilmunya
Melakukan tarekat dan makrifatnya
Dan juga hakikat, yang sangat meresap rasanya

Al-Qur'an Qodim wahyu mulia
Tanpa ditulis, boleh dibaca
Itulah petua Guru yang tajam mata batinnya
Ditusukkan di dalam dada
Selalu lekat di hati dan fikiran
Meresap kental di seluruh anggota badan
Mukjizat Rasul dan Al Qu'ran jadi pedoman
Sebagai laluan jalan masuknya iman

Kepada Allah Yang Maha Suci
Harus mendekatkan diri siang dan malam
Diusahakan dan diperjuangkan
Dzikir dan suluk/kelakuan jangan sampai dilupakan

Hidupnya tenteram merasa aman
Itulah petanda rasa mantapnya iman
Sabar menerima meski hidupnya hanya cukup makan
Semuanya itu adalah takdir dari Tuhan

Terhadap teman, saudara dan tetangga
Hidup rukunlah, jangan bertengkar
Itu sunnahnya Rasul yang mulia
Nabi Muhammad tauladan kita

Marilah kita jalani keseluruhannya
Allah yang akan mengangkat darjat kita
Walaupun rendah tampil luarannya
Namun mulia kedudukan darjat di sisinya

Saat ajal menjelang di akhir hayatnya
Tidak tersesat roh dan sukmanya
Dirindukan Allah, syurga tempatnya
Utuh jasadnya, juga kain kafannya

Dari utusan Allah, semoga keselamatan tetap atasmu
Duhai yang luhur budinya dan tinggi derajatnya
Rasa cintaku padamu duhai Nabi pemimpin sekelian alam
Duhai ahlinya kedermawanan dan kemurahan hati

NUKILAN .... gus dur , mantan presiden indonesia