Seorang Professor Fizik di Amerika
Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang
disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik
iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja,
beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak
berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan
ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan
menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.
Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran
tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul
persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan
mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang
tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat
yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan
kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu
bahu dan bersentuhan tapak kaki.
Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa
solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati
sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang
berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan
oleh tubuh.
Ia berlaku apabila cas yang berlebihan –
sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan
ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang
cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita
bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat
berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang
hampir seimbang.
Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit
lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu,
solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja
kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas
lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran
cas.
Solat jemaah yang disyariatkan Islam
berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat
Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses
pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah
petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini
menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.
Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat
Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan
lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang
dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan
tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.
Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan
sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang
berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran Professor itu
tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita
tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses
pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia
maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun
menunaikan tahajjud di sepertiga malam.
Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat
itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun
malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati
bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan
suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat
Islam itu sendiri.
Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan
betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau
memeluk agama Islam. wallahu a’lam
Salam. Mohon izin untuk kongsikan diblog. Terima kasih.
ReplyDelete