Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.




Tuesday, 29 May 2012

REJAB


Rejab membawa maksud bulan yANg dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia & menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang. Rasulullah SAW mengekalkan nama Rejab & mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

TerdAPAT beberapa lagi peristiwa penting yg berlaku dlm bulan Rejab. Antaranya:
1. Hijrah Pertama ke Habsyah (Ethiopia)
2. Perang Tabuk
3. pembebasan Baitul-Maqdis oleh Salahuddin Al-Ayubi
4. lahirnya Imam Asy-Syafi'ie


Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan2 Haram di dlm Islam. 
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pd sisi Allah adalah 12 bln, dlm ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit & bumi, di antaranya 4 bulan haram. Itulah agama yg lurus, maka jgnlah kamu menganiaya diri kamu dlm bulan yg 4 itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta org2 yg bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam &
 Rejab. Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan inikecuali jika mereka diugut. 

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bhw Nabi (
صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bln2 Haram. Berpuasa dlm bulan Rejab adalah digalakkan ttp tiada satu hadis sahih yg membuktikan bhw berpuasa pd hari2 tertentu dlm bln Rejab akn mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan drpd Saidina Anas bin Malik
رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bln Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kpd kami pd bln Rejab & Sya’ban & sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

Orang2 yang berpuasa pd bln Rejab boleh dikategorikan kpd beberapa kumpulan:
1. Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat
 pd bulan2 Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah. 
2. Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dlm bulan Rejab. Mereka
 berpuasa sunat bukan krn fadhilat Rejab yg bersumber dari hadis yg x sahih ttp kerana hadis2 yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin & Khamis. Ini adalah sunnah.
3. Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadhilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidak sahih.
 Ini BUKAN sunnah.
4. Mereka yang berpuasa secara berterusan drpd bulan Rejab, Syaban, Ramadhan & 6 hari bulan Syawal. Mereka tidak  berhenti kecuali pd 1 Syawal.
 Ini BUKAN sunnah.
5. Mereka yang melarang apa2 bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab.
 Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama & ke-2 di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadhilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidak sahih.
6. Mereka yg mengqadha puasa Ramadhan yg lepas dlm bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama utk mengqadha dlm bulan Rejab krn fadhilatnya yg bersumber dari hadis yg x sahih.
Menurut Al-Iman Ibnu Jauzi, hadis "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku" adalah hadis maudhu' (palsu) dan pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. (Al-Maudhuuat, jilid 2, m/s 206).. 

No comments:

Post a Comment