Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.




Saturday 27 August 2011

IHYA RAMADHAN 2- PERINGKAT DAERAH MUKAH 2011

MUKAH 22 OGOS 2011- Komuniti Guru Guru Pendidikan Islam Daerah Mukah telah menganjurkan satu majlis Ihya al Ramadhan yang melibatkan sekolah sekolah rendah dari Daerah Mukah di Sk Datuk Awang Udin MUkah . Acara bermula dengan Pertandingan KUiz Ramadhan pada 22 Ogos 2011, sebanyak 11 buah sekolah yang menyertai acara ini antara nya SK Datuk Awang Udin, Sk MUkah, Sk Kpg Petanak, Sk KPg Seberang dan Sk Dua Sungai.

Peserta SK Dua Sungai ialah
Syahirah Mohd Pangi Nur Raihani MOhd Yusri Azhar 'Nur Amira Syahindah Bujang dan
Muhammad Nur Iman Abdul Malik

IHYA RAMADHAN hari kedua berlangsungnya acara Khatam al QUran beramai ramai Daerah Mukah, seramai 170 orang murid terlibat dalam acara ini. Program Ihya Ramadhan dirasmikan oleh Encik Abdul Wahab bin Sepawi, Pegawai Pelajaran Daerah MUkah. Beliau sempat menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada murid murid ,solat Maghrib dan berbuka puasa bersama sama.

Peserta Khatam al Quran SK Dua Sungai
Syahirah MOhd Pangi MOhd Syazwan Lusang, MUhammad Nur Iman Abdul Malik, Mohd Razdan Naruddin Nurul Hidayah Buyong dan Muiz bin Talib .

Selepas dari solat Tarawih , guru guru Pendidikan Islam mengambil peluang bertadarus beramai ramai di surau SK Datuk Awanng Udin http://www.upimukah.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment