Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.




Friday 26 August 2011

IHYA RAMADHAN 1

JUDAN 18 Ogos 2011. Pantia Pendidikan Islam dengan kerjsama JK Surau AnNur, JK Pengurusan Asrama, Persatuan Pelajar Islam serta sokongan kuat daripada semua staff dan guru SK Dua Sungai telah menganjurkan majlis Ihya Ramadhan untuk tahun 2011/ 1432 H ini. Antara acara yang dijalankan ialah pertandingan Kuiz Ramadhan yang melibatkan penyertaan murid tahap II dan pertandingan mewarna tulisan Khat Jawi untuk murid tahap I.

Ihya Ramadhan tahun ini tambah berseri apabila Majlis Iftar (majlis berbuka puasa ) dilangsungkan bersama dengan Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk murid murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR, Ceramah Nuzul Quran dan Sambutan Hari Lahir Pelajar Asrama.

Tadarus al Quran -


Pertandingan Mewarna KHat Jawi Tahap I 



















Ceramah Nuzul Quran telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazri bin Md Nayan, Guru j-QAF SK Dua Sungai, Mukah. Antara tetamu yang hadir memeriahkan Majlis Ihya RAmadhan tahun ini, antaranya Penghulu Kampung Judan- Encik Julaihi Yusuf, Ketua Kampung Judan- En Jeraaee Tagasan ,Imam Masjid Judan Tuan Imam Haji Nerawi dan tetamu tetamu lain.

No comments:

Post a Comment