Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.




Monday, 11 July 2011

TEKA TEKI IMAM AL GHAZALI

TEKA TEKI 4 
IMAM GHAZALI : APA YANG PALING BERAT DI DUNIA 
MURID 1:  Baja 
MURID 2: Besi 
MURID 3 : Gajah 
IMAM GHAZALI: SEmua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat ialah MEMEGANG AMANAH. (surah al Ahzab:72) Makhluk Allah yang lain enggan dan dan tidak mampu untuk memegang amanah ALLAH sedang manusia sanggup untuk menggalas beban sebagai khalifah. Tunaikanlah amanah allah sebagai khalifah dengan sebaik baiknya. 
 TEKA TEKI 5
IMAM GHAZALI : APA YANG PALING RINGAN  DI DUNIA 
MURID 1:  Kapas 
MURID 2: Angin  
MURID 3 : Debu  
IMAM GHAZALI: Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali ialah MENINGGALKAN SOLAT. Kadang kadang kita lebih mengutamakan tugas tugas kita yang lain berbanding mendirikan solat. 
 TEKA TEKI 6
IMAM GHAZALI : APA YANG PALING TAJAM DI DUNIA 
Murid -murid menjawab serentak " Pedang "
IMAM GHAZALI: Itu Benar, tapi yang paling tajam di dunia ini ialah LIDAH MANUSIA. kerana melalui lidah manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. 

No comments:

Post a Comment