Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.




Friday, 29 July 2011

BERUBAH SEBELUM REBAH-PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6

  Program Motivasi untuk tahun 6 " BERUBAH SEBELUM REBAH " diadakan khusus buat murid murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSRdi September nanti. 
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah Motivasi, LDK, Penghayatan Rohani dan sebagainya. 
Ceramah Motivasi dikendalikan oleh Cikgu Zaini Morshidi, Pegawai Penerangan Daerah Matu. 

 Kasut disusun sebegini rupa. Petanda warganya seorang yang berseni dan berpemikiran abstrak. 
 Sesi ceramah bersama Cikgu Zaini Morshidi. 
 Berusaha untuk berubah. berubah untuk diri sendiri, keluarga dan nusa bangsa. 
 Dengar lah kata kata cikgu dengan pendengaran hati. 
 Kamulah yang akan menentukan samada kamu di tepi , di tengah , di belakang, di depan atau di mana posis kamu. 
 Gerak kerja berkumpulan, jangan curi tulang ,jangan berat tulang. 
 Carilah kesepakatan dalam usaha merungkai permasalahan. 
 Yang berat sama di pikul, yang ringan sama di jinjing 
 Berubah sebelum rebah. 
Jangan main main jangan malas malas 
 Kenanglah orang tuamu, lihatlah wajahnya. pasti kamu akan bahagia 
 Luahkanlah isihatimu .. biar ibu mu tahu, biar bapa mu mengerti 
 Biarkan sahaja air mata itu mengalir, moga ia menjadi peransang supaya kamu lebih bersemangat untuk berjaya 
 Kalau tekun dan rajin macam ni selalu tentu cikgu tak penat penat berpenat. 
 Bergandingan menyelesai masalah. Keluar lah dari kotak pemikiran yang biasa . Fikirkan sesuatu yang lain untuk menjawab jawapan 
 Usahalah sehabis jaya, kalau tak berjaya bawa semua jangan tinggalkan ... bawalah sedikit sedikit. ...lama lama habis jua. 
 Arah anak panah yang itu untuk berjaya, arah anak panah itu untuk berjasa 
 Yang kecil jangan disangka anak 







 DIRIKAN PUNCAK TERTINGGI 














 KADANG KADANG YANG PALING NAKAL ITU ,, YANG PALING BENAR DALAM TINDAKAN 












TERIMA KASIH BUAT SEMULA YANG TERLIBAT .

No comments:

Post a Comment