Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.




Saturday, 31 March 2012

Al-Qur'an Tertua Di Dunia




Disebuah sudut gelap di ibu negara Uzbekistan, Tashkent, terdapat satu peninggalan yang bersejarah bagi umat Islam, iaitu Al-Qur'an tertua di dunia. Al-Quran ini berasal dari masa pemerintahan khalifah ketiga iaitu Uthman bin Affan.


Saidina Uthman bin Affan merupakan perintis pembukuan Al-Quran pertama, yang sebelumnya Al-Quran hanya dihafal atau ditulis di atas lembaran kayu dan tulang unta. Pembukuan Al-Quran pertama ini dilakukan Uthman bin Affan ketika berada di Madinah. Pembukuan Al-Quran ini selesai pada tahun 651 atau 19 tahun selepas kematian Rasulullah SAW.

Pembukuan ini dilakukan Uthman untuk mengelakkan perselisihan dan perbezaan versi dari ayat Al-Quran, sehingga beliau memutuskan untuk membukukannya. DiTashkent, Al-Quran ini disimpan di sebuah kawasan yang dikenali dengan nama Hast-Imam lokasi yang jauh dari orang ramai.

Tempat lokasi simpanan Al-Quran ini berdekatan dengan makam saintis dari abad ke-10, Kaffel Sashi. Simpanan Al-Quran ini berada di kawasan bangunan yang menjadi pusat aktiviti Mufti Uzbekistan atau pimpinan keagamaan tertinggi di negara ini.

Al-Quran bertulis pertama yang dibukukan ini sangatlah berharga, kerana ia   di simpan dalam sebuah peti kaca yang melekat ke dinding. Malangnya, kerana sudah berusia beratus-ratus tahun, Al-Quran ini tidak utuh lagi. Saat ini yang tinggal hanya tinggal sepertiga sahaja atau sekitar 250 halaman lagi. Ayat-ayatnya ditulis dalam bahasa Bahasa Hejaz dan ditulis di atas kulit rusa.

Disebutkan bahawa Khalifah Uthman membuat lima salinan Al-Quran ini dan menyebarkannya ke pelbagai wilayah Islam. Selain yang ada di Tashkent, salinan lain juga masih tersimpan di Topkapi Palace di Istanbul, Turki.

Tidak jauh dari lokasi simpanan Al-Quran, ada juga sebuah rumah yang   menyimpan benda bersejarah yang lain, iaitu helaian rambut Rasulullah SAW. Selain Al-Quran tertua, helaian rambut ini juga menjadi salah satu koleksi bersejarah yang dimiliki Asia Tengah dalam keterkaitan mereka dengan sejarah Islam.

Dilokasi yang sama juga terletak perpustakaan yang menyimpan kekayaan dengan berbagai koleksi bersejarahnya. ''Dianggarkan di perpustakaan itu ada sekitar 20 ribu buku dan tiga ribu naskhah berbagai tajuk,''ujar Ikram Akhmedov, pembantu kepada mufti.

Buku atau kitab itu rata-rata adalah buku tentang sejarah abad pertengahan, astronomi, dan perubatan. Namun ada juga Al-Quran dan buku-buku tentang ilmu hukum. ''Namun benda yang tertua di perpustakaan ini adalah Al-Quran yang berasal dari abad ketujuh atau dari masa pemerintahan khalifah Uthman bin Affan,''jelasnya.

Dengan adanya Al-Quran yang tertua di dunia ini mengingatkan kita bertapa kawasan Asia Tengah ini memberikan peranan sangat penting dalam sejarah perkembangan agama Islam. Ini juga merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan, bahawa harta karun umat Islam berada di negara yang dulunya merupakan pecahan negara komunis yang terbesar di dunia, Kesatuan Soviet.

Sejarah sampainya Al-Quran dari dinasti pemerintahan Uthman bin Affan ke Tashkent ini sangatlah luar biasa. Setelah kematian Uthman bin Affan, sebahagian orang menyatakan bahawa Al-Quran ini dibawa oleh Ali bin Abi Thalib ke Kuffah atau yang sekarang dikenali sebagai Iraq.

Tujuh ratus tahun kemudian, ketika Tamerlane (penakluk rantau Asia Tengah) datang ke daerah ini, ia mencari Al-Quran ini dan membawanya keibukotanya di Samarkand, Al-Quran ini berada di Samarkand lebih dari empat abad, hingga orang Rusia menakluk bandar ini pada tahun 1868.

Saat itu, Gabenor Rusia menghantar Al-Quran ini ke St Petersburg dimana Al-Quran ini kemudian disimpan di perpustakaan kerajaan. Namun setelah pecahnya revolusi Bolshevik, Lenin yang sangat bernafsu menguasai daerah umat Islam menghantar Al-Quran ini ke Ufa atau yang kemudian dikenali sebagai Bashkortostan.

Namun akhirnya, setelah berkali-kali diminta oleh Muslim Tashkent, Al-Quran ini akhirnya kembali lagi ke Asia Tengah pada tahun 1924. Sejak saat itu, Al-Quran ini ditempatkan di Tashkent dan berlangsung hingga saat ini. Sejak awal kewujudannya, Al-Quran ini telah menarik banyak orang termasuk pemimpin umat Islam untuk mengunjunginya. Sehingga dirasakan sangat aneh kerana Al-Quran ini masih ditempatkan di lokasi tersebut.

Barangkali ini merupakan ketakutan kerajaan Uzbekistan yang banyak diwarisi oleh nilai-nilai dari era komunis Soviet. Hingga kini mereka masih tidak mempercayai Islam kerananya mereka juga masih memandang Islam dengan penuh kecurigaan.

Mufti yang juga menguruskan serta menjaga kewujudan benda-benda ini menyatakan bahawa Al-Quran ini tidak dipertontonkan dan dijaga agar tidak terlalu menarik banyak perhatian. Ini dilakukan untuk menjaganya dari hal-hal negatif yang mungkin berlaku.


Disunting dari: wisben
.com

No comments:

Post a Comment