( karya Abdullah Ishak @mcm2ada.gmail)
Dahulu Rasulullah SAW dan para Sahabatnya berjuang
Disajikan dengan lemparan batu dan debu
Hari ini selepas berjuang disaji dengan daging, ayam dan nasi beriani
Mereka berjuang dihalau orang dan dibuang orang
Ada orang kita berjuang menghalau orang
Melempar orang, memenjarakan orang
Pejuang-pejuang dahulu disakiti
Pejuang-pejuang sekarang menyakiti orang
Pejuang-pejuang Islam dahulu berkorban
Harta-harta mereka diinfakkan
Pejuang-pejuang sekarang membuat harta
Bahkan menipu harta negara dan rakyat jelata
Pejuang-pejuang dahulu menutup aurat
Pejuang-pejuang sekarang mendedahkan
aurat
Pejuang-pejuang sekarang menggalakkan membaca Al Qura
Kalau dahulu menggalakkan mengamalkan isinya
Pejuang-pejuang dahulu musafir dan mengembara kerana berdakwah
Pejuang-pejuang sekarang musafir dan mengembara Kerana ekonomi dan mencari makan
Pejuang-pejuang dahulu berukhwah
Pejuang-pejuang sekarang berpecah-belah dan berbalaH
Tapi masing-masing mengaku konon memperjuangkan Islam Atau mengaku memperjuangkan keadilan
Tetapi perilakunya. akhlaknya, pakaiannya bukan macam orang Islam
Berapa lama lagi mereka ini mahu tipu orang?
Allah tidak akan membiarkan berlama-lama menipu orang
Lambat-laun Allah akan buka tembelang
SESI MUHASABAH : Dimana kedudukan kita tatkala ini? Atas landasan yang betul atau telah terjunam.... kalau masih benar... Alhamdulillah..... kalau hampir hampir terjunam.. cepat cepatlah kita memperbaiki diri....