AL ISLAM . Mungkin kita antara salah seorang daripadanya. Tatkala ke masjid mahupun ke surau, kadangkala kita lebih selesa jika ada orang lain yang akan memenuhi saf hadapan sekalipun imam berkali kali memerintahkan supaya makmun memenuhkan saf hadapan dari di belakang. Tahukah kita, memenuhi saf di hadapan mempunyai keistimewaan yang dijanjikan oleh Allah. Jika kita mahu di doakan kesejahteraan oleh Allah dan para malaikatnya, maka jangan berlengah lagi. Penuhkanlah saf bahagian hadapan ketika bersolat jemaah. Hal ini jelas dinyatakan melalui hadis daripada Abu Umamah “Berkata Rasulullah, sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada orang orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah bagaimana dengan saf kedua. Baginda bersabda, sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada orang orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya lagi , “ Bagaimana pula dengan saf kedua. “ Ya, juga saf kedua. ( Riwayat Ahmad) Malah Nabi turut bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah “ Andaikata manusia mengetahui apa yang ada di dalam panggilan azan dan memenuhi saf hadapan, kemudian mereka tidak berjaya untuk mendapatkannya ( saf paling hadapan itu) kecuali jika mereka berlumba untuk mendapatkannya, pasti mereka akan berlumba ( riwayat Bukhari )
No comments:
Post a Comment