Teraju Tradisi Wahyu, Menjulang Akhlak Berilmu
Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.
Saturday, 27 October 2012
Wednesday, 26 September 2012
Subhanallah, 25 perkara berkaitan dengan tubuh badan
Tubuh manusia
menyimpan pelbagai misteri yang sangat mengagumkan. Di sini 25 fakta dari tubuh
manusia dan masih banyak yang belum diketahui.
Tubuh manusia
terdiri dari berbagai macam organ dan rangkaian yang boleh bekerja sama, hal
ini membuat seseorang boleh hidup dengan baik. Semua koordinasi sel dan organ
membuat tubuh menjalankan fungsi yang sempurna.
Ini 25 fakta
tentang tubuh manusia, seperti dilaporkan Healthmad iaitu:
Dalam tubuh
manusia, sekitar 3 juta sel mati setiap minit.
Zarah debu
yang ditemui di rumah sebahagian besar berasal dari kulit mati tubuh manusia
Otak relatif
lebih aktif pada malam hari dalam satu hari
Otak terdiri
daripada 80 peratus air
Rata-rata
orang setiap hari kehilangan sekitar 60 hingga 100 helai rambut
Otot terkuat
dalam tubuh manusia adalah lidah
Mata dan
hidung selalu tumbuh, tapi mata tetap dengan ukuran yang sama dari awal.
Sel telur
perempuan adalah sel terbesar dalam tubuh dan sperma laki-laki adalah sel
terkecil
Untuk
mengambil satu langkah, tubuh manusia menggunakan sekitar 200 otot.
Ada sekitar 1
trilion bakteria ditemui pada masing-masing kaki
Sekitar 6
bulan sebelum bayi lahir, gigi sudah mula tumbuh tapi belum muncul ke permukaan
gusi.
Kotoran
telinga lebih banyak disekresikan oleh tubuh apabila orang merasa takut
Sekitar
36.000 galon darah dipam oleh jantung setiap hari
Ada sekitar
250.000 kelenjar peluh yang ditemui pada sepasang kaki manusia
Setiap
manusia pada saat konsepsi (persenyawaan benih) menghabiskan sekitar setengah
jam sebagai sel tunggal
Untuk
menghasilkan suara ketika bercakap digunakan sekitar 72 otot
Jantung
perempuan berdetak lebih cepat daripada jantung lelaki
Semua fungsi
tubuh berhenti apabila anda bersin termasuk jantung, selama sekitar satu saat
Sekitar 15
juta sel darah boleh hancur setiap saat
Laki-laki
boleh mengalami ereksi setiap satu setengah jam ketika tidur
Ada sekitar
120 juta hubungan seksual yang berlangsung setiap hari di seluruh dunia
Ada sekitar 31.500
kata yang diucapkan manusia setiap hari
Saat terlalu
banyak makan, keupayaan pendengaran manusia menjadi berkurang.
Golongan
darah O adalah golongan darah yang paling umum di dunia
Manusia tidak
merasa geli apabila menggelitik tubuhnya sendiri.
Sunday, 19 August 2012
APA YANG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN ??
Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa perubahan.
Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam
kubur sehingga 25 tahun berikutnya.
Malam Pertama
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan
kemaluan.
Subhanallah,
perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam saling
bergulat dan menjaganya di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi
hijau kehitaman.
Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia,
setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.
Malam Kedua
Malam Kedua
Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru dan lambung
akan mula membusuk.
Hari Ketiga
Hari Ketiga
Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.
Setelah Seminggu
Wajah dan mata mula membengkak.
Setelah 10 hari
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota-anggota tubuh.
Setelah 2 Minggu
Rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.
Setelah 6 Bulan
Semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang rangka sahaja.
Setelah 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji
tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘Ajbudz
Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT
pada hari kiamat.
Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang selama ini kita jaga.
Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang selama ini kita jaga.
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada ALLAH dengannya.
Oleh kerana itu, janganlah biarkan umur dan jasad kita dalam keadaan sia-sia janji ALLAH adalah benar.
Ya ALLAH, Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama- MU.
Ya
ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman syurga dan
jangan jadikan ianya sebagai satu lubang dari lubang-lubang api neraka.
Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin.
Semoga bermanfaat bagi kita semua.
Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin.
Semoga bermanfaat bagi kita semua.
Wednesday, 1 August 2012
علي مائدة رمضان - إحياء رمضان
إن إحياء رمضان يكون بكل طاعة تقرب
الإنسان إلي الله عز وجل؛ ولكن شهر رمضان من الأفضل أن نكثر فيه القرآن.
قال تعالي:﴿شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى
لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ﴾ (سورة البقرة:١٨٥)
والإمام الشافعي رحمه الله كان يختم القرآن في رمضان ستين خاتمة؛ وهذا من
البركة في الوقت. وغثمان بن عفان عندما
دخل عليه الخوارج ليفتلوه خرجت زوجته وقالت: "ويلكم تقتلون رجلا كان يختم
القرآن في ركعة
واحدة!". والإمام ابو حنيفة عندما سألوه:"في كم تختم القرآن؟"
قال:"بالليل أم بالنهار؟" قالوا:"لك ختمة بالليل وختمة بالنهار؟" قال:"نعم"
قالوا:"في الليل." قال:"في الصلاة أم في خارج الصلاة؟" قالوا
متعجبين:"ألك ختمة
في الصلاة وخارجها؟" قال:"نعم" قالوا:"في الصلاة."
قال:"في صلاة الفرض أم في صلاة السنة؟" فتركوه وقالوا أنه رجل طبع حياته مع القرآن. كذا بقيام
الليل لقول رَّسُولِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
"مَنْ قامَ
رَمَضَانَ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ."
ولنا القدوة والأسوة في رسول الله الذي كان يقوم من الليل حتي تتورم قدماه؛
كما روي البخاري أن رسول الله وقف ليلة
بأكملها يردد آية واحدة ويبكي علي ذنوب أمته وهي قوله تعالي: ﴿إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ
فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ﴾ (سورة المائدة:١١٨)
والإمام أبو السحاق السبيعي كان عنده من العمر ٨٧ عاما؛ وكان لايستطيع القيام
حتي يساعدوه، فكان يقوم بالبقرة في
ركعة واحدة وكانوا يقولون له:"أرفق بنفسك وخفف علي بدنك." فكان
يقول:"آه.. لقد ضاع القيام، لقد
وهن جسمي، ورق عظمي، ولم أستطع أن أقوم الليل إلا بألف آية!!"
فأين نحن من هؤلاء؟!!
لقد مدح الله أهل قيام الليل بقوله تعالي:
﴿وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ
لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا﴾ (سورة الفرقان:٦٤)
ويقول أيضا:﴿تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ
خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ﴿١٦﴾
فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّا أُخْفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاء
بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ﴿١٧﴾﴾ (سورة السجدة:١٦-١٧)
وقوله تعالي: ﴿كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ﴿١٧﴾
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ﴿١٨﴾﴾ (سورة الذاريات:١٧- ١٨)
ويقول الله في الحديث القدسي:
"إني لأهم
بأهل الأرض عذاباً فانظر إلي القائمين في الليل والناس نيام فأرفع العذاب عن أهل
الأرض."
فاللَّهُمَّ اجْعَلْ رمضان شاهدا لنا لا علينا..
آآمين..
وصَلّى اللهُ علَى سيدِنَا محمدٍ وعلَى آلِهِ وصحبِهِ
وسلِّمْ..
Monday, 23 July 2012
4 watak buruk yang di sebut dalam Al-Quran.
Beberapa watak buruk manusia yang disebut
dalam Al-Quran adalah: Pertama, mengeluh dan kikir. "Sesungguhnya manusia
diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir." (QS. Al-Ma'arij: 19).
Disedari atau tidak, mengeluh adalah sifat dasar manusia yang timbul saat ia
tertimpa masalah atau dalam kesempitan.
Sedangkan kikir yang dalam bahasa Arab
disebut bakhil, secara detail Allah uraikan dalam QS. Al-Israa ': 100.
"... Dan adalah manusia itu sangat kikir. "
Oleh sebab itu, Rasulullah SAW
menganjurkan agar kita selalu berdoa, "Allahumma inni a'udzubika minal
bukhli (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sifat kikir)."
Kedua, lemah. Dalam Al-Quran, Allah
mendeskripsikan dua kelemahan manusia, iaitu lemah secara fizikal dan lemah
(dalam melawan) hawa nafsu buruk. "Allah, Dialah yang menciptakan kamu
dari keadaan lemah ..." (QS. Ar-Rum: 54).
"Allah hendak memberikan keringanan
kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah." (QS. An-Nisaa ': 28).
Menurut Syekh Nawawi Al-Bantany, tafsir "lemah" dalam Surah An-Nisaa
'itu adalah lemah dalam melawan hawa nafsu.
Ketiga, zalim dan bodoh. "...
sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh. "(QS. Al-Ahzab: 72).
Kezaliman dan kebodohan manusia dalam ayat di atas disebabkan kerana rosak dan
kotornya bumi, kerana pertumpahan darah dan ulah manusia itu sendiri yang tidak
merawat bumi dan seisinya sesuai dengan ketentuan Allah.
Keempat, tidak adil. Berlaku adil adalah
tindakan yang kadang-kadang kurang mudah diterapkan dalam kehidupan
sehari-hari. Kaum Madyan yang tidak berlaku adil, akhirnya diazab oleh Allah,
seperti dalam firman-Nya, "Dan Syu'aib berkata, 'Hai kaumku, cukupkanlah
takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia
terhadap hak-hak mereka, dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi
dengan membuat kerosakan. "(QS. Hud: 85).
Betapa pun sulitnya mengelakkan tabiat
yang sudah Allah lekatkan dalam diri manusia, dengan bertaubat dan terus berdoa
kepada-Nya, nescaya Allah meminimumkan watak buruk tersebut dari dalam diri
kita. Serta memenuhi hati kita dengan cahaya iman dan hidayah untuk semangat
dalam beribadah
JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
Berdoa kepada ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
3.40 pagi - Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
4.00 pagi - Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.00 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
6.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
12.30 tgh - Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
3.50 ptg - Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!
6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk watu Maghrib, Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.
8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).
11.00 mlm - Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
Sunday, 15 July 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)