Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.




Sunday, 12 February 2012

MTQ 2012

TAJUK CERITA KISAH DARI AL QURAN SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN LELAKI
1- KISAH NABI MUHAMMAD DI GUA TSUR
2- KISAH NABI YUNUS A.S DI TELAN IKAN NUN
3- KISAH QARUN DI TELAN BUMI
4- KISAH NABI ADAM A.S DI DUNIA
5- KISAH NABI MUSA A.S DENGAN FIRAUN

BAHAGIAN PEREMPUAN
1- KISAH NABI MUHAMMAD DI GUA HIRA'
2- KISAH NABI AYUB A.S YANG TABAH
3- PERISTIWA NABI ISMAIL.A.S DI KORBANKAN
4- KISAH NABI ADAM A.S DI SYURGA
5- KISAH NABI NUH A.S DENGAN BAHTERANYA 

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD


Khutbah haji yang disampaikan oleh Rasulullah dengan penuh syahdu di Padang Arafah ketika Baginda mengerjakan Haji Wida’ bersama dengan lebih kurang 124ribu para sahabat sebelum kewafatan Baginda. Berikut adalah petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W yang menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam akhir zaman.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Banyak sungguh panduan yang ada dalam Khutbah Haji Wida’ yang semestinya menjadi panduan dan pedoman untuk seluruh umat Islam akhir zaman. Setelah mendengar khutbah haji wida’ hampir semua Para Sahabat telah bertebaran keseluruh pelusok dunia untuk menyampaikan pesanan. Daripada 124ribu hanya sekitar 10ribu Para Sahabat yang kuburnya berada di Mekah dan Madinah selainnya berada bertebaran diseluruh dunia. Atas usaha dan pengorbanan para sahabat lah kita di Nusantara mendapat nikmat yang MAHA besar iaitu nikmat IMAN kepada ALLAH S.W.T.

Marilah kita berazam untuk taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kejayaan di dunia dan akhirat.
 

UPSR 5A


Diceritakan oleh Ustazah Norhafizah Musa

Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian di dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja darjah 6 duduk di tepi meja saya.
"Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR."
"Inshaallah, UPSR 5A."
Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya.
"Katanya lagi, "Ustazah, ini serius tahu!"
Saya senyum sembil berkata; "Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?"
"Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula bertanya siapa nama saya."
Saya mula merasakan anak ini serius dengan kata-katanya. Saya bertanyakan namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi, "Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya."
"Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-sungguh mahu ustazah doakan?"
Dia menyambung lagi, "Ustazah, saya meminta untuk didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, apa hadiah yang saya mahukan."
Dalam fikiran saya, tentulah hadiah yang dimahukan seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.
"Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu sekiranya kamu mendapat 5A?"
"Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung."
Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa, "Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini. Sekiranya dengan 5A boleh menjadi penyebab ibunya mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada anak ini wahai Allah." ~Ustazah Norhafizah Musa.

*Hidayah Allah tidak mengenal usia. Kadangkala, seorang anak mendapat hidayah terlebih dahulu daripada ibunya. Oleh kerana itu, mohonlah hidayah Allah dengan airmata bukan air liur. Jangan pernah berhenti berdoa sebelum hidayah Allah menghuni jiwa. Kasih Allah itu lebih luas daripada kesalahan dan kealpaan diri kita. Pengampunan Allah itu lebih besar daripada dosa yang pernah kita lakukan. Sungguh Allah itu dekat apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada-Nya.

AL QURAN TERBESAR DI AFGHANISTAN

 AL Quran terbesar di Afghanistan.

Saturday, 11 February 2012

MAULIDUR RASUL 1433 DAERAH MUKAH

 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERIN GKAT DAERAH MUKAH TELAH BERLANGSUNG PADA 5 FEBRUARI 2012 DI DATARAN SETIA RAJA. MUKAH








































Saturday, 4 February 2012

SALAM MAULIDUR RASUL


Kumohon ampun kepada allah,
Tuhan sekalian makhluk
Kum ohon ampun kepada allah
Atas segala kesalahan
Tuhan, tambahkanlah kepadaku ilmu bermanfaat
Tolongilah aku untuk beramal kebaikan

Duhai utusan allah, semoga keselamatan atasmu
Duhai yang luhur budi dan darjatnya
Rasa cintaku padamu duhai nabi pemimpn sekalian alam
Duhai ahlinya kedermawanan dan kemurahan hati
Ku awali dengan lantunan syair dengan memuji kepada tuhan
Yang memberi rahmat dan kenikmatan
Siang dan malam tanpa perhitungan
Wahai sahabat, pria dan wanita
Jangan cuma mempelajari syari'at dan hukum belaka
Hanya pandai bercerita, menulis dan membaca
Tapi akhirnya akan sengsara

Banyak yang hafal Hadith dan Qur'an
Tapi suka kafirkan saudaranya yang lain
Kekafirannya sendiri tidak diperhatikan
Kerana kotornya hati dan fikiran

Mudah terpujuk nafsu angkara
Dalam hiasan gemerlapnya dunia
Iri dan dengki dengan kekayaan tetangga
Maka hatinya gelap dan nista

Ayuh saudara jangan melupakan
Kewajipan mengaji sekali dengan aturannya
Untuk mempertebal iman dan tauhid kita
Sebagus-bagusnya bekalan, mulia hatinya

Yang disebut soleh adalah baik hatinya
Kerana sebati lengkap ilmunya
Melakukan tarekat dan makrifatnya
Dan juga hakikat, yang sangat meresap rasanya

Al-Qur'an Qodim wahyu mulia
Tanpa ditulis, boleh dibaca
Itulah petua Guru yang tajam mata batinnya
Ditusukkan di dalam dada
Selalu lekat di hati dan fikiran
Meresap kental di seluruh anggota badan
Mukjizat Rasul dan Al Qu'ran jadi pedoman
Sebagai laluan jalan masuknya iman

Kepada Allah Yang Maha Suci
Harus mendekatkan diri siang dan malam
Diusahakan dan diperjuangkan
Dzikir dan suluk/kelakuan jangan sampai dilupakan

Hidupnya tenteram merasa aman
Itulah petanda rasa mantapnya iman
Sabar menerima meski hidupnya hanya cukup makan
Semuanya itu adalah takdir dari Tuhan

Terhadap teman, saudara dan tetangga
Hidup rukunlah, jangan bertengkar
Itu sunnahnya Rasul yang mulia
Nabi Muhammad tauladan kita

Marilah kita jalani keseluruhannya
Allah yang akan mengangkat darjat kita
Walaupun rendah tampil luarannya
Namun mulia kedudukan darjat di sisinya

Saat ajal menjelang di akhir hayatnya
Tidak tersesat roh dan sukmanya
Dirindukan Allah, syurga tempatnya
Utuh jasadnya, juga kain kafannya

Dari utusan Allah, semoga keselamatan tetap atasmu
Duhai yang luhur budinya dan tinggi derajatnya
Rasa cintaku padamu duhai Nabi pemimpin sekelian alam
Duhai ahlinya kedermawanan dan kemurahan hati

NUKILAN .... gus dur , mantan presiden indonesia

Friday, 13 January 2012

Apa makna sebenar sekolah


 Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia.


Guru juga berperanan memastikan sekolah menjadi lokasi paling disukai oleh murid.

Setiap tahun, di samping cuti panjang, yang akan menjadi tumpuan adalah sesi persekolahan dan sesi tahun 2012 sudah bermula. Dalam kerancakan membeli pakaian, kasut dan beg sekolah, ada juga dalam kalangan ibu bapa dan penjaga berlumba-lumba mencari bahan bacaan, dan tidak kurang yang cuba mendapatkan guru tuisyen terbaik untuk anak mereka.

Yang berada di Tahun 6, pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM); sudah pasti merasa bahangnya bukan saja diri sendiri tetapi ibu bapa yang mahu memastikan mereka mendapat keputusan terbaik dengan gred A sahaja.

Apakah makna sekolah sebenarnya? Adakah sekolah merupakan hanya tempat untuk mendapat gred terbaik atau ia sebenarnya merupakan penginstitusian tersohor melahirkan modal insan yang bukan hanya mencari ilmu tetapi turut menampilkan kreativiti dan kebolehan di samping menerokai nilai karakter keperibadian mulia. Apakah guru hanya menjadi cikgu yang mengajar ataupun sebagai 'pendidik'?

Iqra atau 'bacalah' merupakan tuntutan yang barangkali mahu melentur pembentukan insaniah yang berwajahkan akidah dan akhlak serta memenuhi acuan individu yang bersifat menyeluruh yang antaranya melibatkan peranan 'Cikgu' yang merupakan ungkapan yang amat mulia. Dalam wadah pendidikan, jasa dan sumbangan warga pendidik terhadap negara dan masyarakat amat besar. Guru  menjadi ejen yang membina, melahir dan melentur generasi yang ada untuk kesinambungan negara-bangsa.


Guru juga berperanan memastikan sekolah menjadi lokasi paling disukai pelajar dan murid. Dahulu, ramai suka dan mahu terus berada di sekolah walaupun berhadapan dengan guru yang garang tetapi ia diimbangi dengan sikap ambil tahu dan menganggap murid seperti anak sendiri walau dari pelbagai latar belakang manakala bagi ibu bapa, guru adalah 'dewa ilmu' anugerah Tuhan yang tahu baik buruk untuk anak mereka. Maka guru diberi 'lesen' melakukan apa sahaja ke atas anak mereka kerana percaya guru komited ke atas ilmu; guru mahu memastikan sekurang-kurangnya murid mempunyai asas membaca, mengira dan menulis.

Inilah realiti alam sekolah kerana sukar mengharapkan kesemua pelajar akan mempunyai kecekapan dan kebolehan yang sama tetapi guru yang cekal serta gembira mengajar dan sentiasa mahu berada di sekolah kerana komitmen menjadi pendidik yang bukan sekadar sebagai satu 'pekerjaan' tetapi 'ibadah'.

Pelajar harus memahami makna sekolah tanpa merasa terpaksa ke institusi ini atau mahu diucap 'terima kasih' kerana hadir ke sekolah Murid dapat memudahkan tanggungjawab guru jika memahami tanggungjawab dan peranan sebagai pelajar dan memberi maksud ke atasnya. Sekolah merupakan tempat pembinaan budaya ilmu dan pembudayaan negara bangsa dan aspirasi ini akan dapat dijiwai dengan mudah jika proses pengajaran dan pembelajaran tidak dianggap sebagai 'pilihan' atau 'paksaan'.

Jika ada yang menjadi guru kerana tidak ada 'pilihan', wajar imbas semula peranan guru mereka sendiri satu ketika dahulu dan bagaimana kesungguhan guru ketika itu yang memberi keutamaan kepada proses pemurnian sekolah itu sendiri. Barulah, cabaran dalaman dan luaran dapat diatasi dengan mudah kerana motivasi, keazaman dan kesungguhan memahami perkembangan alam sekolah; menguasai subjek dan pedagogi; Menguasai teknologi terkini sebagai nilai tambah kepada kreativiti dan inovasi serta memiliki keyakinan yang membolehkan kepercayaan dilahirkan ke atas guru dan murid.
Alam sekolah yang kondusif turut memerlukan fungsi pentadbir yang tidak mengejar kedudukan peratusan kelulusan semata-mata tetapi percayalah mereka akan turut dihormati sekiranya mendahulukan pelajar yang terpinggir dan murid yang terkandas atau tercicir dalam pelajaran.

Mereka juga mahu didalami dan difahami bukan dimarahi tetapi memberi petunjuk dan menjadi idola sepanjang hayat mereka kemudiannya. Ramai yang berjaya hari ini bukan sekadar bergantung kepada ilmu tetapi tunjuk ajar guru yang menjadikan mereka 'manusia' dengan didikan berterusan tanpa mengira penat-lelah.


Guru sebegini harus diberikan pengiktirafan oleh pentadbir sekolah supaya mereka tahu dihargai. Pada zaman 1960-an dan 1970-an, profesion guru dianggap yang paling mulia kerana tanggungjawab sebagai pendidik. Mereka dihormati kerana sanggup mendaki gunung tinggi, menyusuri lurah bukit serta berpayung dalam hujan dan berkayuh basikal berbatu jauhnya semata-mata menjalankan tanggungjawab sebagai guru yang komited dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang berilmu.

Sebagaimana kata arwah Usman Awang, jika hari ini ada Perdana Menteri berkuasa; Raja menaiki takhta; Ulama yang mulia, Presiden sebuah negara; Peguam menang bicara; Penulis terkemuka; sejarahnya adalah bukan sahaja dari keluarga tetapi alam sekolah yang menjadikan mereka dewasa dan diajar penerapan akhlak mulia.

Bermakna, pelajar yang bermasalah juga memerlukan perhatian supaya tidak berkecenderungan membantut dan menamatkan hayat pembelajaran murid yang merupakan penjana wawasan dan misi negara. Jika murid itu gagal, kesemua pihak terbabit iaitu ibu bapa, guru, sekolah, media, rakan sebaya, persekitaran atau individu itu sendiri memilih untuk melakukan kesalahan bertanggungjawab. Alam sekolah hanya bermakna jika masing-masing memainkan peranan dan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas untuk membangunkan seseorang murid.


Malahan, alam sekolah tidak sewajarnya membebankan. Subsidi berterusan diberikan oleh pihak berwajib dan baucar tuisyen dan kemudahan lain boleh diperhebatkan melalui pelbagai mekanisme agar pelajar tidak menjadikan ia sebagai alasan tidak mahu merasai alam sekolah.

Bagaimana pelajar yang tidak berkemampuan dapat menyesuaikan diri dengan persaingan yang diwujudkan oleh guru dan harapan serta tuntutan ibu bapa jika sekiranya tidak bermakna kepadanya sehingga berkecenderungan untuk melahirkan pelajar yang inferior ke atas prestasinya akibat ketiadaan daya tahan pertembungan dengan pelajar yang berkemampuan.


Kita tidak boleh membiarkan pelajar yang berkemampuan terjerumus dalam kancah pertarungan yang memberi kepentingan bertunjangkan kepada materialisme pemilikan wang ringgit. Budaya pencapaian pelajar yang sebenarnya berkemampuan dari segi akal-fikirannya tetapi menjadi mangsa kerana berada dalam kepompong keluarga berpendapatan rendah tidak boleh dikompromi.


Alam sekolah dicorakkan oleh guru, murid, pentadbir, ibu bapa dan kita sebagai anggota masyarakat. Jika murid gagal, kita juga bertanggungjawab ke atas kegagalan tersebut sebagaimana kita merasa mahu berkongsi kejayaan mereka. Memperkasakan alam sekolah adalah tanggungjawab bersama dan memartabatkan ilmu, kemahiran dan kebolehan juga adalah tanggungjawab bersama.


Saya berterima kasih kepada alam persekolahan yang berbeza-beza baik di Tanjung Malim mahupun Kuala Lumpur kerana tanpanya dan keberkatan ilmu, pedoman dan ajaran mereka, tidak mungkin kegagalan boleh membawa pancaran sinar baru dalam kehidupan.

Kepada yang melangkah masuk dan sudah berada di persimpangan, gunakanlah peluang ini sebaik mungkin dengan diberkati mereka yang ada di sekeliling anda, berikanlah sekolah makna dalam hidup anda.