Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.




Thursday, 28 July 2011

SALAM RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM ,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu KAMI  TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF
 jika KAMI ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T,  insyaallah.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1432 -

KOMUNITI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN JQAF 
SK DUA SUNGAI , MUKAH 

USTAZAH HARTINI HJ KIPLI '
USTAZ MOHD NAZRI MD NAYAN '
USTAZ MUHAMMAD ZULKIFLI BIN SAID

Wednesday, 27 July 2011

KEM KEMANISAN IMAN SEKOLAH MENENGAH DAERAH MUKAH DALAT 2011

Program Kem Kemanisan Iman untuk pelajar pelajar Sekolah Menengah Daerah Dalat Mukah diadakan pada 26-27 Julai 2011. Bertempat di Kem Belia Mukah. 


























Sunday, 24 July 2011

JOM IBADAH !



Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

PERTAMA: TAHAJJUD, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

KEDUA: MEMBACA AL-QUR'AN sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

KETIGA: JANGAN TINGGALKAN MASJID terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

KEEMPAT: JAGA SHOLAT DHUHA, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

KELIMA: JAGA SEDEKAH SETIAP HARI. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

KEENAM: JAGA WUDHU terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

KETUJUH: AMALKAN ISTIGHFAR setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Friday, 22 July 2011

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SESI 2011/2012

 PESERTA BERKUMPUL DI LAMAN INSPIRASI UNTUK SESI CERAMAH 
 SEMUA SEGAK BERGAYA UNTUK JADI PENGAWAS SEKOLAH YANG BERKETERAMPILAN 
TEKUN MENDENGAR AMANAT DAN TAKLIMAT DARI GURU GURU PENGAWAS
BELAJAR BAGAIMANA UNTUK MENJADI PEMIMPIN MURID YANG BAIK DAN BERWIBAWA
 SESI TAKLIMAT BIRO TELAH DISAMPAIKAN OLEH UST NAZRI BIRO KEROHANIAN, CIKGU ISMAIL HUD, BIRO KEMUDAHAN AWAM, CIKGU KALSUM DAHLAN BIRO DISIPLIN, CIKGU MARYAH HJ JURIT BIRO PERHIMPUNAN, USTAZ MOHD ZULKIFLI BIRO KEBERSIHAN, CIKGU MOHD PANGI , BADAN DISIPLIN SEKOLAH, DAN PUAN HASNA SELAKU PENOLONG KANAN HEM..
SESI LATIHAN DALAM KUMPULAN. 
SOLAT ZOHOR BERJEMAAH- DI IMAMKAN OLEH ADIK MOHD ASYRAF ABDUL MALIK 
SETELAH PENAT MENDENGAR CERAMAH ADA AKTIVITI RIADAH PULA. 
 
AKTIVITI LDK- DIEKNDALIKAN OLEH CIKGU ISMAIL 
SESI MENCARI HARTA KARUN  DI PERSEKITARAN SEKOLAH 
AKTIVITI SEAM PAGI - DIKENDALIKAN CIKGU PHUA ENG BOON 
BARISAN PENGAWAS PEREMPUAN 
KETUA PENGAWAS PEREMPUAN : NURHASNA HADEMIN 
ASRAMA : NUR INTAN SYFIQA JAMIL 
BARISAN PENGAWAS LELAKI 
KETUA PENGAWAS LELAKI : MUHD EZIEDAN MUHD DANISH 
ASRAMA : MUHD IZZUDIN MUHD AMIN 
LAFAZ IKRAR DILAUNGKAN .. TANDA PERMULAAN PERLANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH SESI 2011/ 2012
LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN 
 MUHD EZIEDAN MENERIMA WATIKAH PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA PENGAWAS SESI 2011/ 2012.


BERGAMBAR DI HADAPAN SEKOLAH 

Wednesday, 20 July 2011

KEM KEMANISAN IMAN- MUKAH DALAT 2011

Kem Kemanisan Iman Daerah Dalat dan Mukah di adakan pada 18-19 Julai 2011 di Kem Belia Mukah.  
 Peserta dari SK Dua Sungai bergambar di depan Bangunan Kem Belia Mukah. Dari kiri Muhd Eziedan Muhd Danish, Nurazam Imanie Yakub, Muhamad Izzudin MOhamad Amin, Nur Fathira Abd Rashid, Umie Zulaikha Busrah dan Nurafifah Ibrahim .
Guru Pengiring SK Dua Sungai Ustaz Mohd Nazri bin Md Nayan.