Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.




Thursday, 31 May 2012

انتوقمو كورو

  إيذينكن كو نامكن
كايث  فيكيرمو 
ماسين دان صبر منخابر 
كاميله باتو باتو دفانتاي موسيم 
سسكالي منجادي خامر
فولغ منيلاي كبيباسن 
دتلوق كاسيه سايغ 
سسكالي  منجادي سلواغ 
فولغ منخراكين فغالمن 
دلوبوق كمانسيأن 

Wednesday, 30 May 2012

E-LAPORAN JQAF (Kelas T3-6) V12

MUSAFIR SEORANG INSAN


BEBAN


BACAAN ALQURAN TERBAIK


Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD

SATU ketika, saya berbual dengan seorang rakan yang arif dalam bab fikah dan amat berminat dengan dunia al-Quran. Saya selalu menjadikan dia rujukan untuk menyelesai permasalahan fikah dan sebaliknya, dia selalu bertanya kepada saya tentang qiraat, tajwid dan al-Quran.
Antara soalan yang ditanya ialah siapakah qari yang terbaik bacaannya? Adakah Syeikh Mahmud Khalil al-Husari, Syeikh Abdul Basit, Syeikh Jibril?
Soalan itu bersifat umum dan jawapannya boleh diberi dalam pelbagai bentuk. Jika dibuat sorotan kepada zaman Rasulullah SAW, baginda sendiri mempunyai suara yang amat baik.
Al-Bara' Ibnu Azib meriwayatkan dalam satu perjalanan, Rasulullah SAW bersembahyang Isyak dan membaca dalam satu rakaatnya surah al-Tin. Al-Bara menyatakan: "Tidak pernah aku mendengar seorang pun mempunyai suara dan bacaan yang lebih baik daripada baginda." Kehebatan suara Rasulullah SAW tidak boleh dibanding dengan kelunakan suara yang wujud pada masa ini. Alunan suaranya menyusuk kalbu dan boleh menarik seseorang kepada Islam.
Perkara itu berlaku kepada Jubair Ibnu Mut'im. Kisah beliau memeluk Islam ialah kerana mendengar bacaan Rasulullah SAW.
Semasa Jubair sampai di Madinah untuk urusan tertentu, ketika itu Rasulullah SAW sedang bersembahyang Maghrib dan baginda membaca surah al-Tur.
Kemerduan suara Rasulullah membuatkan Jubair mengikuti dengan penuh minat bacaan tersebut. Apabila sampai kepada ayat 35 yang bermaksud: Apakah mereka dicipta tanpa tujuan atau mereka yang mencipta diri mereka sendiri?
Bacaan yang amat baik, diadun dengan suara yang merdu, dibaca dengan kefahaman mendalam maksudnya, dibaca dengan hati yang tulus telah menerjah masuk ke dalam sanubari Jubair sehingga beliau menyatakan demi Allah hatiku melayang. Sejurus Rasulullah SAW memberi salam, Jubair mendapatkan baginda dan mengucap dua kalimah syahadah.
Jabir meriwayatkan satu hadis daripada Rasulullah SAW di mana pernah satu ketika baginda ditanya tentang siapakah yang terbaik suaranya membaca al-Quran. Baginda menjawab: "Mereka ialah orang yang apabila kamu mendengar bacaannya, kamu memikirkan ia takut kepada Allah."

Tuesday, 29 May 2012

Batang Pokok Membengkok





Kisah ini mengenai seorang wali keturunan Bani Mu’awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan.

Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk duit muka kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia seorang. Selain keenakan kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita, kan. 

Satu hari berlaku ribut taufan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam curiosity tu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah ‘diselamatkan’ oleh malaikat. 

Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap keretanya, dan batang pokok itu seingat dia lurus.Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah
 tumbang jadi bengkok. 

TAK LAH SUSAH SANGAT NAK SOLAT....