Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.




Tuesday, 22 May 2012

NADWAH KEPIMPINAN ISLAM









NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM

NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM
SMKA ,SABK, KAA PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SARAWAK KALI KE 3
2012- 1433 H

Nadwah Kepemimpinan Islam Peringkat Kebangsaan Zon Sarawak telah diadakan di Politeknik Mukah bermula 18 Mei 2012- hingga 21 Mei 2012. Pejabat Pelajaran Daerah Mukah melalui Unit Pendidikan Islam diberikan tanggungjawab untuk mengelola dan melaksanakan Nadwah kali ini.
Senarai sekolah yang mengambil bahagian adalah seperti berikut'
SMK Agama Miri
SMK Agama Igan
SMK Agama Sibu
SMK Agama Limbang
SMK Agama Saratok
SMK Agama Matang
SMK Agama Sheikh Hj Othman Abdul Wahab
SMK Agama Tun Ahmad Zaidi Adrus
SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud
SMK Semerah Padi
SMK baru Bintulu
SMK Sri Aman


Monday, 14 May 2012

PANTUN HARI GURU


Peliharakan Kaki Semasa Berjalan, 
Peliharakan Lidah Semasa Berkata; 
Sabda Nabi Dijadikan Panduan, 
Tuntutlah Ilmu Hingga Ke China. 

Belayar Bernakhoda, 
Berjalan Dengan Yang Tahu; 
Ketika Ilmu Ditimba, 
Biarlah Kita Berguru. 

Teratai Melati Melur Dan Mawar, 
Bunga-Bungaan Harum Dan Wangi; 
Guru Laksana Pelita Pelajar, 
Penyuluh Kegelapan Penerang Hati. 

Di Mana Ada Kemahuan, 
Di Situ Ada Jalan; 
Jasamu Guru Tak Akan Dilupakan, 
Budimu Guru Sentiasa Dalam Ingatan.

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

Sunday, 13 May 2012

SELAMAT HARI GURU 2012



Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)


Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

ulang c/o x2

KEM BESTARI SOLAT SESI 2 3-4 MEI 2012















KEM BESTARI SOLAT SESI 1 2012
19- 20 APRIL 2012














Sunday, 15 April 2012

SEMINAR PEPERIKSAAN UPSR anjuran TABUNG HAJI

MUKAH 15 APRIL 2012- Bertempat di Dewan Suarah Mesra Mukah, Tabung Haji dengan Kerjasama Berita Harian dan Pejabat Pelajaran Daerah Mukah telah mengadakan Klinik Peperiksaan UPSR khusus buat murid murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan itu tidak lama lagi. Klinik tersebut disertai murid murid dari 7 buah sekolah sekitar Mukah yang terpilih termasuk SK DUA SUNGAI. Seminat tersebut telah dirasmikan oleh Puan Masturah Mohammad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Mukah.