Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.




Monday, 18 July 2011

LAWATAN PENANDA ARAS- ASAT SMK BELAWAI

Jemaah ASAT SK Dua Sungai mengadakan lawatan penanda Aras untuk Program anugerah Asrama Terbilang ASAT Negeri Sarawak pada tarikh 16 Julai 2011 ke SMK Belawai. 
 Lawatan bertujuan perkongsian maklumat dan strategi sedang kedua dua sekolah adalah wakil Bahagian Mukah untuk Anugerah ASAT Negeri Sarawak 2011.
 JK Pendidikan Islam dan JQAF  tidak melepaskan peluang mengikuti lawatan ini. 

 Warga Penghuni Asrama ASAT  SK  Dua Sungai  bergambar di hadapan asrama SMK Belawai. 

DI hadapan bangunan utama SMK Belawai. 
 Sesi perkongsian pintar, Guru Besar Sk Dua Sungai dan Pengetua SMK  Belawai. 
Jauh berjalan luas pandangan, 
luas pandangan, terbuka fikiran , 
terbuka fikiran, hati lapang, 
hati dah lapang iman berkembang
iman dah berkembang, sahsiah terbilang
sahsiah dah terbilang ummah gemilang 
ummah dah gemilang ISLAM TERJULANG. 
ISLAM MENJULANG SEMESTA ALAM 

TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KEPADA SEMUA WARGA SMK BELAWAI ATAS LAWATAN KAMI DI SMK BELAWAI . 

Thursday, 14 July 2011

TILAWAH AL QURAN ANTARABANGSA


http://www.islam.gov.my/

A Beautiful Hadith Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'



Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripadaQuran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Wednesday, 13 July 2011

ISLAM AGAMA KASIH SAYANG

NUKILAN Abdullah Ishak 

Islam adalah hubungan dengan Allah
Dan hubungan sesama manusia
Hubungan dengan Allah banyak berlaku
Di masjid dan di surau-surau

Secara fizikal dan rohani
Yang bersifat rohaniah ini berlaku di mana-mana
Kerana ia adalah kerja hati
Hubungan sesama manusia tidak kira

Kafir atau Islam berlaku di mana-mana sahaja
Berlaku di jalan raya, di rumah,
Di kedai makan, di dalam kenderaan,
Di sekitar jiran tetangga

Disiplin waktu berhubung, bertemu,
Waktu bermesyuarat, bermuzakarah, berceramah
Di dalam keluarga, waktu bekerja,
Bermusafir, berjuang dan berziarah

Disini dibawa beberapa contoh,
Yang tidak disebutkan kiaskan sahaja
Di jalan raya utamakan orang lain dahulu,
Sekalipun jalan kita

Bertanya-tanyalah hal jiran
Sama ada Islam atau kafir,
Kesusahannya dibantu, sakitnya diziarah,
Ketiadaannya jaga rumahnya

Waktu makan dikedai,
Bayarkan yang dikiri kanan kita
Ketika ke pasar, bayarkan untuk
Orang yang disebelah kita setakat termampu

Apabila naik bas, utamakan orang lain duduk,
Lebih-lebih lagi orang tua atau kaum ibu
Kalau kita berjalan berkenderaan sendiri,
Terjumpa orang menunggu bas,

Pelawa dia naik kenderaan kita
Berjumpa orang di mana-mana
Sama ada dikenali atau tidak
Berilah salam kepada mereka

Di dalam majlis, ada peluang bermesralah,
Ada orang bercakap dengarlah,
Jagalah tata-susila
Ada orang yang susah meminta,

Berilah jangan dikecewa,
Kita berhutang kerananya pun tidak mengapa
Hutang orang kepada kita jangan dipinta
Kalau mereka bayar, alhamdulillah,

Jika tidak, halalkan sahaja
Jika kita bersalah dengan sesiapa sahaja
Minta maaflah, orang bersalah maafkan sahaja
Sekalipun tidak meminta

Berkawan hendaklah setia,
Berjemaah sama-sama berkorban
Dan menjaga keutuhannya
Berani jangan melulu, biarlah berstrategi

Takut jangan terlalu, tuhan benci
Bekerja biarlah berdasarkan ilmu,
Bersungguh-sungguh,
Bekerja secara jemaah hendaklah bekerjasama

Kalau makan jangan seorang dibedal,
Biarlah ada orang lain sama
Orang yang menentang kita, janganlah dilayan,
Kalau boleh buat baik dengan mereka

Atau mereka fitnah
Tidak salah kita menghilangkan fitnah,
Tapi biarlah secara bijaksana
Itulah dia sebahagian daripada ajaran Islam yang global

Yang tidak diceritakan kiaskan sahaja
Itulah dia Islam cara hidup,
Bukan berpusat dimasjid sahaja
Islam macam itulah

Yang kita sedang memperjuangkannya
Apa yang kita lihat tadi
Nyatalah Islam itu membawa kasih sayang
Sesama manusia

Monday, 11 July 2011

TEKA TEKI IMAM AL GHAZALI

TEKA TEKI 4 
IMAM GHAZALI : APA YANG PALING BERAT DI DUNIA 
MURID 1:  Baja 
MURID 2: Besi 
MURID 3 : Gajah 
IMAM GHAZALI: SEmua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat ialah MEMEGANG AMANAH. (surah al Ahzab:72) Makhluk Allah yang lain enggan dan dan tidak mampu untuk memegang amanah ALLAH sedang manusia sanggup untuk menggalas beban sebagai khalifah. Tunaikanlah amanah allah sebagai khalifah dengan sebaik baiknya. 
 TEKA TEKI 5
IMAM GHAZALI : APA YANG PALING RINGAN  DI DUNIA 
MURID 1:  Kapas 
MURID 2: Angin  
MURID 3 : Debu  
IMAM GHAZALI: Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali ialah MENINGGALKAN SOLAT. Kadang kadang kita lebih mengutamakan tugas tugas kita yang lain berbanding mendirikan solat. 
 TEKA TEKI 6
IMAM GHAZALI : APA YANG PALING TAJAM DI DUNIA 
Murid -murid menjawab serentak " Pedang "
IMAM GHAZALI: Itu Benar, tapi yang paling tajam di dunia ini ialah LIDAH MANUSIA. kerana melalui lidah manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. 

Sunday, 10 July 2011

TEKA TEKI IMAM AL GHAZALI

 TEKA TEKI 1
SIAPA PALING DEKAT DENGAN KITA
Suatu hari Imam al Ghazali bermain teka teki bersama dengan anak muridnya.
Imam al Ghazali : Siapakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat.
Imam Ghazali : Semua jawapan itu betul, Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernaywa pasti akan mati : surah ALI IMRAN 185
TEKA TEKI 2
Imam al Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?

Murid 1: Negeri China  
Murid 2: Bulan  
Murid 3 : Matahari  
Murid 4 : Bintang 
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar ialah MASA LALU. Kita tidak akan dapat kembali kemasa lalu. 
Oleh itu kita harusmenjaga hari ini, hari esok dan hari hari yang akan datang supaya kita tidak menjadi rugi dan sia sia.  

TEKA TEKI 3 
Imam al Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini? 
Murid 1: Gunung   
Murid 2: Bulan  
Murid 3 : Matahari  
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling besar ialah HAWA NAFSU .Maka kita mesti menjaga hawa nafsu kita, jangan biarkan ia menyeret kita ke lembah kebinasaan dan neraka. 

BERSAMBUNG........... 

Saturday, 2 July 2011

SAMBUTAN PERISTIWA ISRA' MIKRAJ SK DUA SUNGAI



Panitia Pendidikan Islam dan JQAF dengan kerjasama Persatuan Agama Islam SK Dua Sungai Mukah, sekali lagi mengdakan sambutan Israk Mikraj di Laman Inspirasi.  
Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazri bin Md Nayan. 
Turut hadir ialah Guru Besar SK Dua Sungai, semua guru, guru KAFA dan kakitangan sekolah .   
PENDAHULUAN
Firman Allah dalam Surah Al Isra’ ayat pertama yang bermaksud:
“Maha suci (Allah) yang memperjalankan hambanya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk Kami tunjukkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Dialah (Allah) yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
Bertitik tolak dari keimanan dan kepercayaan yang maha benar terhadap perkhabaran Allah mengenai peristiwa Isra’ dan Mi’raj, maka setiap tahun, sekolah ini mengadakan sambutannya.



 OBJEKTIF
Adalah diharapkan agar program ini dapat:
  1. Memberi kefahaman kepada warga SK Dua Sungai peristiwa sebenar Isra’ dan Mi’raj yang jauh dari tokok tambah dan penyelewengan.
  2. Mengambil iktibar dan pengajaran di atas setiap peristiwa yang berlaku di dalam perjalanan berkenaan.
  3. Memberi kesedaran tentang kepentingan dan keistimewaan Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa.
  4. Memupuk kesedaran dan tanggung-jawab menunaikan solat dan tuntutan berjamaah dalam mengerjakannya.