Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.




Monday 27 June 2011

Banyak peristiwa Israk dan Mikraj boleh jadi teladan, peringatan

Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.



Oleh Ibrahim Abdullah

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad SAW) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami (Allah) berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Israk ayat 1). 

Menurut ulama, sebelum terjadi peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW terlebih dulu mengalami pembedahan dada dan perut yang dilakukan oleh malaikat Jibril dan Mikail AS. Hati Baginda SAW dicuci bersih dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (alaqah), iaitu tempat syaitan membisikkan was-was. Kemudian dituangkan hikmah, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu dadanya dijahit dan dimeterikan dengan ‘khatimin nubuwwah’. Selesai pembedahan, didatangkan haiwan dari syurga bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan Israk itu.
Daripada peristiwa ‘pembedahan’ dada dan perut Nabi SAW itu, maka wujudlah ilmu pembedahan sekarang yang dilakukan kaji selidik oleh ilmuwan sains dan teknologi kedoktoran masa lampau.



Israk yang bererti perjalanan malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Sepanjang perjalanan itu Rasulullah diiringi dan ditemani oleh malaikat Jibril dan Israfil. Kemudian mereka singgah di tempat tertentu yang mulia dan berkat. Rasulullah berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. 

Lokasi itu ialah Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. Bukit Tursina (Mesir), iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah, dan Baitullaham (Palestin), tempat Nabi Isa AS dilahirkan. 

Dalam perjalanan itu Baginda menghadapi gangguan Jin Ifrit dan dapat menyaksikan pelbagai peristiwa yang sangat ajaib, antaranya kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, yang melambangkan kaum yang berjihad ‘fisabilillah,’ tempat yang berbau harum, iaitu kubur Mashitah, tukang sisir rambut anak Firaun bersama suaminya dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah. 

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh semula, kemudian dipecahkan lagi, demikian dilakukan berkali-kali. Jibril memberitahu Rasulullah: “Itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud bersembahyang.” 
Kemudian sekumpulan orang yang hanya menutup aurat kemaluan mereka dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti haiwan ternakan. Mereka makan bara api dan batu batan dari neraka Jahanam. Jibril berkata: “Itulah orang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.” 

Sekumpulan orang lelaki dan perempuan memakan daging busuk, daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: “Itulah lelaki dan perempuan melakukan zina, sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing ada isteri dan suami.” 

Sekumpulan lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: “Itulah orang yang memakan riba. Sekumpulan lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tidak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril: “Itulah orang yang tidak dapat menunaikan amanah tetapi masih ingin menerima amanah yang lain.” Banyak lagi peristiwa berlaku sepanjang perjalanan Nabi itu. 

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga. Kata Jibril: “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tidak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril: “Itulah orang yang bercakap besar (takbur), kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.” 

Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibril: “Itulah gambaran dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.” 

Seorang perempuan tua yang bongkok menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.” 

Setelah sampai di Masjidil Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq, kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbiya dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah berasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bekas berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu. 

Kata Jibril: “Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat Baginda akan menjadi sesat.” 

Ketika Mikraj, iaitu Rasulullah naik ke Hadhratul Qudus menemui Allah SWT. Di langit pertama, Rasulullah berjumpa dengan Nabi Adam AS. Langit kedua, Nabi SAW bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya AS. Langit ketiga, Nabi bertemu dengan Nabi Yusuf. Langit keempat, Nabi bertemu dengan Nabi Idris, langit kelima, Nabi bertemu dengan Nabi Harun, langit keeenam, Nabi bertemu dengan nabi-nabi dan seterusnya Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala yang diperintah oleh Jibril, lalu dapat melihat umat Baginda yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. 

Langit ketujuh, Nabi bertemu dengan Nabi Ibrahim yang sedang bersandar di Baitul Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah, Nabi Ibrahim bersabda: “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘La haula wala quwaata illa billah.’ 

Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibril masuk ke dalam Baitul Makmur dan bersembahyang (Baitul Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Makkah). 

Ada riwayat menyatakan, setakat ini saja Jibril menghantarkan Nabi SAW untuk menemui Allah SWT. 

Tangga (mikraj) kelapan, di sini disebut 'al-Kursi', berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Di sini Rasulullah melihat pelbagai keindahan seperti sungai Kauthar yang mengalir terus ke syurga dan lain-lainnya. 

Tangga kesembilan, Rasulullah masuk di dalam Nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul Aqlam, di sini dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berziikir. 

, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya. 
Tangga ke-10, Rasulullah SAW sampai di Hadhratul Qudus dan Hadhrat Rabbul Arbab dan bersujud ke hadrat Allah Taala dan terjadilah beberapa dialog dengan Allah SWT. Akhirnya Allah memfardukan sembahyang lima kali sehari semalam, yang pada mulanya difardukan sebanyak 50 kali. 

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak....!!?
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak....!!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat daripada apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?
Pemuda : Kulit dan daging...!!!
Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?
Pemuda : Kulit dan daging....!!!??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?
Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!
-- 

Apakah Benar Allah Itu Wujud

Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.

Di pinggir sebuah bandar, seorang lelaki berbadan tegap merenung tajam lelaki tua yang berada di depannya.
"Wahai ulama. Katakan kepadaku, apakah benar Allah itu wujud?"
Dengan tenang, lelaki tua membuka bicara.
"Anak muda, lihat pokok itu. Dari mana asal pokok itu?"
"Mestilah dari benihnya."
"Jika begitu, lihat pula dirimu. Dari mana asal dirimu?"
"Aku berasal dari ibubapa ku. Mereka melahirkan aku."
"Maka, kau bersetuju jika aku katakan bahawa setiap yang ada di dunia ini ada asal-usulnya, ada penciptanya?"
"Ya. Aku setuju. Aku setuju bahawa setiap yang ada didunia punyai asal-usulnya dan penciptanya. Tapi, aku nyata masih ragu-ragu. Jika benar Allah itu wujud, mengapa kita tidak mampu melihat-Nya?"
'Wahai anak muda, apa pegangan agamamu?"
"Aku seorang Nasrani. Aku yakin Isa itu anak Allah kerana dia boleh dilihat dan dia pernah wujud".
"Anak muda, aku mahu bertanya. Adakah kamu setuju bahawa anak ayam akan menyerupai ibunya? Adakah kamu percaya, anak kambing akan menyerupai ibunya?"
"Pasti."
"Lalu, bagaimana kamu boleh katakan Isa itu anak Tuhan, sedangkan Tuhan tidak mati dan Isa pula mati."
"Jangan kamu cuba memutar belit. Kamu belum menjawap persoalanku lagi. Kamu orang islam, tak nampak Allah, tapi bagaimana kamu percaya ia wujud?".
"Anakku. Bagaimana jika aku katakan bahawa bukan semua perkara boleh kita lihat, tapi kita tahu ia wujud. Lihat dirimu, apa kau mampu melihat otak yang berada dalam kepalamu? Apa kau mampu melihat jantung yang berada dalam badanmu? Bagaimana pula dengan udara. Apa kau mampu melihat udara? Tidak. Tapi kau tahu ia wujud. Allah juga begitu. Kita tak mampu melihat Allah, kerana itu kehendak-Nya. Allah tidak sama seperti makhluk. Jika kita mampu melihatnya, itu tanda bahawa kita hebat. Maka, Allah sengaja menyembunyikan wajah-Nya, supaya kita merasakan bahawa Dia hebat. Dia Berkuasa. Bahkan, Dia mampu berbuat apa saja. Seperkara, Allah itu tidak boleh dilihat di dunia kerana Dia hanya boleh dilihat oleh ahli syurga sahaja. Maka anak muda, jawab pertanyaanku tadi. Allah tidak mati, jadi mengapa Isa yang kau kata anak Tuhan boleh mati? "
"Jika begitu, khabarkan kepadaku siapa ayah isa?"
"Penciptaan Isa itu sesungguhnya sama seperti penciptaan Adam. Manusia pertama di bumi. Allah Maha Kuasa. Dia mampu menjadi segala sesuata dengan kehendaknya. Maka, kerana itu Dia jadikan Isa, tanpa bapa."
"Baiklah wahai ulama. Aku berpuas hati dengan jawapanmu. Tapi aku cuma ada satu persoalan sahaja lagi. Apa bukti Allah wujud?"
"Buktinya ialah dirimu."
"maksudmu?"
"Jika Allah tiada, maka siapa yang menciptakan bumi ini?"
"Ia terjadi sendiri"
"Tadi kau setuju bahawa setiap yang wujud atas bumi ini ada penciptanya bukan? Maka, mustahil bumi ini boleh wujud dengan sendiri"
"Mengapa mustahil?"
"Kerana jika sesuatu itu boleh wujud dengan sendiri, pasti kau akan melihat bahawa manusia pasti tidak mampu membina rumah kerana setiap kali mereka menebang pokok, pokok itu akan tumbuh kembali. Kamu juga pasti tidak akan mampu makan, kerana setiap kali kamu menyembelih bianatang, pasti binatang itu akan kembali hidup kembali, tidak mati-mati. Kamu juga pasti tidak mampu untuk berjalan kemari untuk bertemu denganku, kerana sekali kau melangkah, kamu pasti akan terjatuh kerana permukaan bumi yang sentiasa boleh berubah-ubah sesuka hati. Kamu juga akan dapati bahawa ada hari yang ada siang, dan ada hari yang ada malam. Siang dan malam boleh berlaku, dan boleh tidak berlaku. Sesukahati. Kamu juga akan mendapati bahawa hujan boleh turun selama 1 tahun tanpa henti. Semua bolah berlaku jika kamu kata alam ini tiada kuasa yang mengawal. Tapi, segala yang berada atas muka bumi ini sangat teratur. Sempurna. Bukankah ini tanda bahawa ada satu kuasa yang mencipta, mengurus dan mentadbir alam ini?"
"Ya. Tidak dinafikan. Tuhan lah yang mentadbir alam ini"
"Jadi pada perkiraanmu, adakah tuhan itu mati atau Tuhan Yang Maha Hidup?"
Senyap..
"Bagaimana, adakah Tuhan yang mati menguruskan alam ini, atau Tuhan yang Maha Berkuasa?", ulama itu mengulangi pertanyaan. Raut wajahnya tetap tenang kerana dia pasti bahawa pemuda itu sudah faham.
Lalu, dengan perlahan pemuda itu menjawab, "Tuhan yang tidak mati"
Lalu dia bangkit, "Ketahuilah wahai ulama. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah".
_____________

Setiap orang islam percaya bahawa Allah itu wujud. Tapi seringkali, 'kewujudan Allah' hanya ada pada akal kita. Tidak pada hati. Hati kita masih tidak merasakan kewujudan Allah. Kerana itu, kita masih bergelumang dengan maksiat, seolah-olah kita tidak diperhatikan. Seolah-olah kita tidak akan di hisab, dan seolah-olah kita tidak akan diberikan balasan.

Muhasabah diri...
Kita ini sama seperti orang yang baru convert kepada islam. Kita banyak tahu, tapi sedikit sekali kita faham. Kita tahu itu haram, ini dosa. Tapi kita masih tetap melakukannya. Kerana apa? Kerana kita masih tidak dapat merasakan bahawa Allah itu wujud dalam hati kita. Hanya akal yang mengiyakan, tapi hati seolah-olah menafikan.

Bagaimana jika kita mati tanpa Allah ada dalam hati?
Nauzubillah..