Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.




Thursday 26 May 2011

Mati Sebelum Ajal

Sesungguhnya  dalam  kehidupan ini  ada manusia  yang  mati  sebelum datang  ajalnya, 
kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali  tidak memberikan  manfaat 
dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia 
yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam
 hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada 
untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh 
atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan 
atas dunia ini. Perjuangan yang  berlanjutan itu  menjadikan seolah-olah ia masih hidup
 dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah.

~ Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi~

Persis Sungai Yang Mengalir

Mataku tidak berkerlip memandang ke arah sungai yang tenang. Dari jendela kamar lantai rumahku, kelihatan sungainya begitu tenang. Kadang-kadang burung yang kecil hinggap di sana dan terbang kembali entah ke mana arah tujunya.
Sering kali aku tertanya-tanya apa yang ada di benak fikiran burung-burung itu? Kadang-kadang terbang sekawan dan kadang-kadang berseorangan. Mungkin tidak ada apa yang difikirkan hanya terbang dan makan bagi meneruskan kehidupan. Mereka sering ke sungai itu dan sungai itu memberikan mereka kehidupan.
Alunan Hidupnya
Sungai yang sudah lama meneruskan kehidupannya di sana. Dan sudah banyak riwayat tertulis di atasnya. Sehingga kini sungai itu masih lagi mengalir tanpa henti tidak kira ke mana haluannya, dan ia dilihat begitu deras. Aku tidak pernah ke sungai, dan persahabatan kami hanyalah dari jarak yang jauh. Sering aku mendengar sungai itu mengeluarkan bunyi. Seolah manusia yang sedang berkata-kata.
"Pesanan apa yang hendak kusampaikan padamu sungai? Nyata aku tidak punya apa-apa pesan yang ingin kutitipkan. Aku cuma merasakan diriku sama sepertimu, mengalir tenang di atas pandanganku. Pesanan apa yang kau ingin aku sampaikan? Kau sungai seperti diriku yang mengalir di alur kita masing-masing. Bezanya aku di sini hanya mengalir di sebatang jalan ini; jalan sungai. Sudah ratusan tahun aku menjalani alur ini."
Umpama Sungai yang Mengalir
Tamsilannya adalah seperti sungai, jika masih ada antara kita kecewa, putus asa dan sedikit berduka masih belum dapat apa yang terbaik dan yang diimpikan, jangan berkecil hati. Jangan cepat melambai sapu tangan putih lantas mengaku kalah. Kadang-kadang kita akan diuji sama ada kita benar-benar serius terhadap apa yang kita inginkan.
Ujian akan datang dalam pelbagai bentuk halangan, rintangan dan hal-hal yang membuatkan kita tidak berdaya lagi. Menyerah adalah pilihan yang mudah yang boleh diputuskan oleh sesiapa pun. Tapi, menyerah tanpa melakukan apa-apa tidak akan membuatkan kita jauh lebih baik.
Jangan Berbalik Arah
Saat api padam, mungkin itu adalah saat kita menyatakan kita ingin menyerah kalah. Mari kita belajar dan lihat dari air sungai yang mengalir. Air terus mengalir ke satu arah dan tidak peduli apa yang terjadi. Walau ada sebesar batu yang wujud di tengah-tengah air tidak akan berhenti. Sungai yang deras tidak pernah terfikir untuk berbalik arah. Tidak pernah berhenti untuk mengalir hanya kerana beberapa panahan di hadapannya.
Kita juga boleh belajar daripada prinsip air sungai yang mengalir. Maju ke hadapan demi impian yang ingin dikecapi. Air juga tidak pernah gerun apabila berada di tepi air terjun. Mengalir dan terus mengalir dan semangat yang tidak pernah membuat kita gentar. Semoga air yang mengalir akan mengubah diri kita dan persis yang mudah menyerah kalah. Namun percayalah You don't know what the future holds, but you know Who holds it.

Monday 9 May 2011

MENJADI GURU

Menjadi guru tugas nya berat
Setiap hari mengguna makrifat
Bersama murid perlulah larat
Kalau tak nanti murid melarat

Menjadi guru tugasnya berat
Seharian di sekolah bersama tekad
Membentuk akhlak mulia bersifat
Supaya hidup menjana berkat

Menjadi guru tugasnya berat
Bagai berkebun memerah keringat
Mengharap tuaian subur berserat
Tidak musnah layu di makan ulat

Menjadi guru tugasnya berat
Menjadi musuh murid yang ralat
Semua kata tak jadi ingat
Semua nasihat tak jadi adat

Menjadi guru tugasnya berat
Membuat persediaaan supaya manfaat
Murid faham mendapat ibarat
Supaya guru tidak berpenat

Menjadi guru tugas nya berat
Punyai tanggungjawab yang maha hebat
Mendidik murid menjadi umat
Insan mulia sepanjang hayat

Menjadi guru tugasnya berat
Murid lemah dijadikan hebat
Prihatinnya guru mengambil manfaat
Intelek murid tidak disekat

Menjadi guru tugasnya berat
Memikul amanah wawasan azimat
Mendidik pemuda supaya taat
Membangun pemudi agar beringat

Menjadi guru tugasnya berat
Menjadi idola murid yang taat
Dipandang hebat laksana jebat
Budi di tatang sepanjang hayat

Menjadi guru tugasnya berat
Ditambah pula tugas pejabat
Hubungan sekerja perlu dierat
Supaya terhindar budaya karat

Menjadi guru tugasnya berat
Telinga murid pantang di siat
Kelak nanti ibu bapa datang menjerat
Guru tak keruan menjadi gawat

Menjadi guru tugasnya berat
Menjana Negara membentuk rakyat
Berperibadi tinggi berwajah bersifat

Pembangun watan amanah sejagat

Sempena Hari Guru - Penghormatan kepada guru - Antara kebenaran dan kepalsuan


Zainudin Hashim

Guru merupakan insan mulia kerana menurunkan ilmu kepada anak-anak muridnya dengan sepenuh hati, walau bagaimanapun keberkesanan penyampaian ilmu bergantung kepada sejauh mana kesungguhan dan niatnya yang baik.
Islam sentiasa memberi panduan kepada para guru agar memperkasa dan memperbaiki diri agar menjadi golongan pendidik yang betul-betul memenuhi tuntutan seperti yang difirmankan oleh Allah SWT menerusi ayat 122 surah at-Taubah yang bermaksud : Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan (di kalangan umat Islam) di antara mereka beberapa orang untuk memperdalami pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya (masyarakat) apabila mereka telah kembali kempangkuan mereka, supaya mereka (masyarakat) itu lebih berwaspada.
Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menekankan dua perkara utama kepada golongan guru (yang menunutut ilmu) bagi mencapai keberkesanan penggarapan ilmu yang dipelajari:
1.    Arahan Allah untuk memperdalami dan bukannya kekadar belajar.
2.    Arahan Allah selepas proses penggarapan ilmu, menyedarkan masyarakatnya dengan memberi peringatan dan bukannya mengajar.
Kedua-dua konsep itulah yang meletakkan seseorang yang menuntut ilmu itu mencapai status pendidik iaitu satu kedudukan yang lebih tinggi daripada seorang guru.
Ini kerana, pendidik bukan sekadar mengajar atau mencurahan ilmu kepada pelajarnya, malah memastikan para pelajarnya benar-benar mempraktikkan segala ilmu yang digarap, di tambah pula peranan pendidik mampu menjiwai permasalahan yang dihadapi oleh pelajarnya serta mengadakan program susulan jangka panjang (long term follow up planning).
Berbeza dengan tugas seorang guru, kerana ada di antara mereka hanya sekadar mengajar dan mungkin juga tidak mempedulikan aspek program susulan, baginya yang penting mereka telah menyampaikan ilmu, tetapi sebenarnya keberkesanan sesuatu ilmu itu bergantung kepada lima perkara untuk mencapai status pendidik yang berdedikasi dan komited terhadap kerjayanya seperti yang pernah dilontarkan persoalan ini oleh Syeikh Prof dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya yang bertajuk "Rasul dan ilmu pengetahuan".
Di mana beliau ada menegaskan, bahawa apabila seorang pendidik itu mampu merealisasikan lima perkara berikut, nescaya dia melonjakkan kedudukan sebagai pendidik atau pewaris nabi-nabi, lima perkara itu adalah seperti berikut :
1.    Perasaan tanggungjawab terhadap agama, pelajar, masyarakat dan negara.
2.    Amanah keilmuan yang digarap, dalam erti kata, dia akan mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, bukan sebaliknya, kerana ia adalah satu amanah yang besar yang akan disoal di akhirat nanti.
3.    Mengembalikan 'Izzah (kemuliaan) Islam yang dicerobohi oleh tangan-tangan pengkhianat dan perosak Islam dengan meletakkannya di tempat yang paling tinggi dalam kehidupan masyarakat.
4.    Ada perasaan tawadu' (rendah diri) terhadap orang lain.
5.    Beramal dengan kesesuaian ilmu yang digarap, dalam erti kata tidak menyanggah tindakan dengan penghayatan ilmu.
Sehubungan itu baginda Rasulullah s.a.w ada bertanya kepada Malaikat Jibril, berhubung siapakah golongan pendidik (ahli ilmu sebenar)?, Jibril menjawab : Sesungguhnya mereka ibarat pelana umatmu di dunia dan akhirat, beruntunglah mereka yang mengenali dan menghormati mereka dan nerakalah bagi mereka yang membenci serta menyanggah mereka (ahli ilmu/pendidik).
Konsep penghormatan kepada golongan pendidik
Jelas daripada hadis di atas, baginda telah menggariskan satu tindakan yang berkesan bagi meletakkan penghormatan sewajarnya kepada mereka.
Pengamalan dalam masyarakat umat Islam dalam negara kita yang berpaksikan nilai-nilai penghormatan terhadap golongan pendidik/guru adalah dijelmakan oleh fahaman barat, iaitu mereka diberikan hadiah tertentu walaupun pada masa yang sama para pelajar sebenarnya tidak bersetuju atau mengkritik guru-guru mereka atau mungkin juga berlaku biadap terhadap mereka, tindakan ini disifatkan menyalahi tuntutan ayat di atas yang sepatutnya mereka (pelajar) mendapat peringatan agar tidak meniru-niri gaya hidup masyarakat barat dan sebagainya.
Tetapi bagi menutup kesalahan dan kelemahan mereka, para pendidik/guru diraikan pada satu hari yang dikenali dengan 'hari guru', pelajar yang tidak menerima nasihat pun menghulurkan hadiah kerana inilah peluang bagi menyekat kemarahan atau kebencian guru terhadap mereka, pelajar yang datang dari keluarga berada walaupun tidak memiliki akhlak yang baik, mampu mengadiahkan gurunya pelbagai bentuk hadiah yang menarik, ini menyebabkan gurunya bias terhadapnya, rasa nak marah pun hilang dari mindanya.
Sedangkan pelajar yang benar-benar menepati ayat di atas tetapi kerana kemiskinan serta tidak mampu untuk menghadiahkan gurunya sebarang bentuk hadiah, dipinggirkan daripada minda dan sanubari guru, persoalannya di sini hadiah yang diterima oleh guru boleh disifatkan satu bentuk rasuah cara moden.
Inilah kejayaan musuh Islam bagi merenggangkan golongan pendidik/guru dengan para pelajarnya yang dihormati hanya pada satu hari iaitu "hari guru", sedangkan pada hari-hari yang lain mereka sudah tidak dihormati apatah lagi untuk melaksanakan arahan mereka untuk menjadi individu cemerlang, akibatnya mereka tidak sanggup untuk menegur atau memberi nasihat kepada para pelajar kerana disebaban hadiah yang diterima.
Akhirnya institusi pendidikan di kalangan umat Islam tidak mampu melahirkan individu-individu seperti Imam hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali, al-Ghazali, Ibnu Sina dan ramai lagi.
Marilah kita sama-sama kembalikan maruah golongan pendidik/guru/ahli ilmu dengan menghormati mereka dengan bentuk yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, iaitu mendengar nasihat mereka, mengenali serta melaksanakan segala ajaran mereka dan bukannya membenci mereka apatah lagi menyanggah mereka dengan tindakan yang tidak sepatutnya.

Saturday 7 May 2011

Pesan Mahaguru

Pesan Mahaguru

SELAMAT HARI GURU 2011
Belajar,
Jangan kurang ajar,
Belajar untuk sedar,
Siapa yang  mengajar kita.
Di mana, Siapa gurunya,
Betul jangan bendul,
Mohon makbul.
Jangan cabul bersekongkol,
Menghiris lidah dengan pisau penderhaka,
Dan menggenggam bara dosa,
Lantas dengan pantas menyuap ke mulut sendiri.
Mengajar,
Jangan gusar atau ragu dengan ilmu,
Menyapu dungu di laman fikiran,
Perlu penyapu baru.
Bukan sedikit sakit,
Belati caci menembusi hati,
Seka airmata dengan tangan iman, dengan sabar di dada,
Mahalnya harga sebuah penghargaan,
Semahal rumah mewah maruah.

Friday 6 May 2011

MAJLIS TILAWAH AL QURAN-NEGERI SARAWAK KALI KE 37

MAJLIS TILAWAH AL QURAN SEKOLAH SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA NEGERI SARAWAK TELAH PUN MELABUH KAN TIRAI. UPACARA PENUTUP TELAH DI RASMIKAN OLEH YBHG. DATIN HAJJAH FATIMAH ABDULLAH , MENTERI DI PEJABAT KETUA MENTERI SARAWAK PADA 6 MEI 2011. DI DEWAN UTAMA POLITEKNIK MUKAH SARAWAK. 
BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN. TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG. 

  TILAWAH AL QURAN LELAKI RENDAH
KEDUDUKAN
BAHAGIAN
PERTAMA
SAMARAHAN
KEDUA
BETONG
KETIGA
KUCHING

TILAWAH AL QURAN PEREMPUAN  RENDAH
KEDUDUKAN
BAHAGIAN
PERTAMA
MIRI
KEDUA
SAMARAHAN
KETIGA
KUCHING

HAFAZAN AL QURAN LELAKI RENDAH
KEDUDUKAN
BAHAGIAN
PERTAMA
KUCHING
KEDUA
SRI AMAN
KETIGA
BETONG

HAFAZAN AL QURAN PEREMPUAN RENDAH
KEDUDUKAN
BAHAGIAN
PERTAMA
KUCHING
KEDUA
SAMARAHAN
KETIGA
BETONG

BERCERITA KISAH KISAH AL QURAN LELAKI RENDAH
KEDUDUKAN
BAHAGIAN
PERTAMA
BETONG
KEDUA
SRI AMAN
KETIGA
KUCHING

BERCERITA KISAH KISAH AL QURAN PEREMPUAN RENDAH
KEDUDUKAN
BAHAGIAN
PERTAMA
BETONG
KEDUA
KUCHING
KETIGA
MUKAH 

NASYID RENDAH
KEDUDUKAN
BAHAGIAN
PERTAMA
KUCHING
KEDUA
MUKAH
KETIGA
SIBU

TILAWAH AL QURAN  LELAKI MENENGAH  
KEDUDUKAN
BAHAGIAN
PERTAMA
SAMARAHAN
KEDUA
MIRI
KETIGA
KUCHING

TILAWAH AL QURAN  PEREMPUAN  MENENGAH  
KEDUDUKAN
BAHAGIAN
PERTAMA
KUCHING
KEDUA
BETONG
KETIGA
MIRI

HAFAZAN  AL QURAN  LELAKI  MENENGAH  
KEDUDUKAN
BAHAGIAN
PERTAMA
KUCHING
KEDUA
LIMBANG
KETIGA
MIRI

HAFAZAN AL QURAN  PEREMPUAN  MENENGAH  
KEDUDUKAN
BAHAGIAN
PERTAMA
KUCHING
KEDUA
MIRI
KETIGA
SAMARAHAN

SYARAHAN AGAMA ( SPONTAN) LELAKI  MENENGAH  
KEDUDUKAN
BAHAGIAN
PERTAMA
KUCHING
KEDUA
SIBU
KETIGA
BETONG

SYARAHAN AGAMA ( SPONTAN) PEREMPUAN MENENGAH  
KEDUDUKAN
BAHAGIAN
PERTAMA
KUCHING
KEDUA
MIRI
KETIGA
SARIKEI

NASYID MENENGAH  
KEDUDUKAN
BAHAGIAN
PERTAMA
MIRI
KEDUA
KUCHING
KETIGA
BINTULU